Yang Hyung Suk & Seungri berselang-seli dipanggil polis kerana didapati telah berjudi secara haram

Selepas Seungri dipanggil polis semalam untuk disiasat atas dakwaan berjudi, kali ini tiba giliran Yang Hyun Suk, bekas CEO YG Entertainment pula mengiringinya pada hari ini.

Kedua-duanya disiasat kerana telah berjudi secara haram ketika mereka berkunjung ke MGM Hotel Casino, Las Vegas tak lama dulu. Yang Hyun Suk telah mengeluarkan deposit sebanyak 1.5 billion won (~RM 5.23 juta) untuk membolehkan dirinya menjadi ahli VIP terkemuka di hotel tersebut. Yang Hyun Suk didapati telah bertaruh sebanyak 1 billion won (~RM 3.5 juta) dan kerugian sebanyak 600 juta won (~ RM 2.0 juta), serta berkunjung ke kasino tersebut sekurang-kurangnya sebanyak 11 kali manakala Seungri pula telah berkunjung ke sana sebanyak empat kali dengan mempertaruhkan sebanyak 2 billion won (~RM7.0juta). Secara keseluruhannya, mereka kerugian sebanyak 1.3 billion won (~RM4.5 juta). Polis telah dikatakan menemui bukti perjudian secara haram itu menerusi organisasi kasino yang menghimpunkan para pejudi di serantau Nevada, Amerika Syarikat.

Yang Hyun Suk yang dipanggil oleh Jabatan Siasatan Jenayah Moden Polis Metropolitan Seoul dan tiba pada sekitar jam 10 pagi tadi, 29 Ogos 2019 berkata, “Saya akan bekerjasama dengan pihak polis. Saya akan jelaskan kesemuanya di balai polis (apabila ditanya tentang praktis menggunakan ‘hwangchigi’).” Seungri pada hari sebelumnya, 28 Ogos 2019, mengaku di atas kesalahan berjudi secara haram tapi menafikan dia pernah mempraktiskan ‘hwangchigi’. ‘Hwangchigi’ ialah sesuatu praktis yang diamalkan oleh para pejudi untuk mengelakkan diri mereka dikenakan cukai, dan lazimnya melibatkan tranksasi wang yang tak diketahui oleh kerajaan.

Sebelum ini, polis menyiasat Seungri di atas dakwaan menjadi bapa ayam dalam rangkaian skandal seks Jung Joon Young dan dakwaan menggubah wang secara haram, tapi polis terpaksa membebaskannya setelah mendapat jaminan daripada mahkamah sebelum kes itu dibicarakan.

Sumber: joins 1, joins 2, spottvnews

loading...