Walaupun belum dapat disahkan lagi, Kim Hye Soo dikatakan dalam proses rundingan akhir untuk bersetuju membintangi drama SBS Hyena di samping Joo Ji Hoon. Beliau menggantikan Song Hye Kyo yang menolaknya pada 26 Jun 2019 lalu.
Pelakon yang pernah menerima anugerah Best Actress Baeksang sebanyak dua kali menerusi SBS Oxtail Soup dan tvN Signal ini, akan memegang watak seorang peguam bernama Jung Geum-Ja yang akan melangkaui segala batasan semata-mata untuk memenangi kes yang diwakilinya dan seterusnya memperoleh upah yang banyak daripada kliennya manakala Ju Ji Joon pula melakonkan watak Yoon Hee Jae, seorang peguam elit yang hebat dan berkeyakinan tinggi. Kedua-duanya saling bertempur untuk mendapatkan kes-kes mahkamah di bawah jagaan 1% di dalam masyarakat, merujuk kepada mereka dari kalangan chaebol dan ahli politik. ‘Hyena’ akan mengeksplorasi guaman sebagai satu permainan ‘survival’ untuk merembut tempat di dalam kuota satu peratus tersebut.
Setelah lebih banyak menumpukan pada bidang perfileman, kali ini tak dapat disangkalkan lagi, Kim Hye Soo sudah komited untuk memilih drama sebagai projek seterusnya, sekaligus memenuhi tuntutan peminat drama korea yang sudah lama mendahagakan kemunculannya semenjak drama tvN Signal yang disiarkan pada tiga tahun dahulu.
Kim Roo Ri ditabalkan sebagai penulis skrip manakala sutradara yang bertanggungjawab ke atasnya ialah Jang Tae Yoo, pengarah yang pernah tercalon Best Director CARI Kdrama Awards dan terkenal dengan arahan hebat seperti SBS You Who Came From The Stars, SBS War of The Money dan SBS Painter in the Wind setelah lima tahun tidak beraksi. Dengan kembalinya beliau sebagai pengarah, Jang Tae Yoo kembali semula kepada cenel kegemarannya, SBS dan bakal ditayangkan pada awal Februari 2020 depan.
Sumber: tv report , OSEN , Kmania