Sebelum ini, Lee Jong Hyun CNBlue telah menggemparkan dunia kpop dengan paparan mesej-mesej berbaur lucah yang ditulisnya sendiri dan ditujukan kepada mangsa-mangsa yang dikaitkan dalam skandal penyebaran video seks oleh Jung Joon Young. Meskipun begitu, Lee Jong Hyun tidak dikenakan tindakan undang-undang kerana polis tidak menjumpai bukti untuk mengaitkannya dengan skandal itu.
Walaupun agensi FNC memberikan jaminan Lee Jong Hyun mampu bertaubat dan akan bermuhasabah diri, namun komennya kepada BJ (Broadcast Jockey) Park Min Jung yang dipetik di dalam peti mesej Youtube milik wanita itu telah mengundang kecaman daripada netizen itu semula.Pada 28 Ogos 2019 lalu, Park Min Jung membuat hantaran di instagram tentang tangkapan imej (“screenshot”) mesej diantaranya dengan selebriti yang didakwa sebagai Lee Jong Hyun.
“Huh? Ini betul kah lelaki CNBlue itu?,” tanya Park Min Jung kepada netizen yang mengikuti instagram-nya. Di dalam tangkapan imej itu, Lee Jong Hyun berkata, “Aku sangat terhibur menonton Youtube kau. Pastikan ‘upload’ lebih banyak video lagi nanti… Perut kau yang berlemak tu kelihatan comel.”
Lee Jong Hyun kini sedang menjalani latihan khidmat negara sejak menyertainya pada Ogos tahun lalu. Ketika meletusnya skandal seks Jung Joon Young dulu, Lee Jong Hyun telah memadamkan sebarang hantaran dibuatnya di dalam Instagram, tetapi dia tidak menyahaktifkan instagram-nya.
Sumber: chosun ilbo