Lee Jin Hyuk ‘Produce X 101’ akhirnya akan debut secara solo!

 

Biarpun gagal debut bersama X1, namun perjalanan Lee Jin Hyuk tidak ternokhtah. Terbaru Lee Jin Hyuk bakal tampil debut secara solo.

Pada 22 Ogos, wakil dari agensinya TOP Media telah mengesahkan berita gembira ini dengan para media,” Ya, memang betul, Lee Jin Hyuk kini sedang dalam proses persiapan untuk debut secara solo, namun kami masih belum putuskan jangka waktu yang bersesuaian.” Namun dikhabarkan juga, Lee Jin Hyuk bakal debut sekitar Oktober depan.

Bekas peserta ‘Produce X 101’ ini mula debut bersama kumpulan UP10TION  pada tahun 2015. Sejurus sahaja tamatnya rancangan survival ‘Produce X 101’, idol ini giat aktif dengan aktiviti promosi. Antaranya, menjadi tetamu dalam variety shows, sesi pengambaran dengan majalah dan telahpun mengadakan fan-meeting pertamanya.

Buat para peminat Lee Jin Hyuk, nantikan kemunculan solonya nanti!

Sumber : joynews24 | star.mbn

Photo credited to : star mag

loading...