L (INFINITE) akhirnya tinggalkan Woollim Entertainment untuk bergerak sendiri

[Terkini] Agensi Woollim Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan pengunduran L dari agensi tersebut dan masa depan kumpulan INFINITE.

Antara kenyataan tersebut seperti berikut :Woollim Entertainment has released a statement regarding L’s departure from the agency and INFINITE’s future plans.

Hello. Ini Woollim Entertainment.

Pertama sekali, kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para peminat yang sentiasa menyokong dan mencintai kumpulan INFINITE.

Kontrak eksklusif kami dengan ahli INFINITE iaitu L (Kim Myung Soo), yang telah bersama kami selama sembilan tahun, berakhir pada 18 Ogos 2019 (tarikh tamat kontrak).

Baru-baru ini, dalam menghampiri tarikh tamat kontrak eksklusifnya, kami mengadakan perbincangan mendalam dengan L (Kim Myung Soo) dan selepas perbincangan yang mengambil masa yang panjang, keputusan dicapai oleh L  untuk tidak memperbaharuinya.

L (Kim Myung Soo) telah debut sebagai ahli kumpulan INFINITE pada tahun 2010, dan beliau telah menunjukkan usaha yang tidak berbelah bagi dalam pelbagai cabang seni. Kami mengucapkan terima kasih kepada L (Kim Myung Soo), yang telah bersama kami selama sembilan tahun sejak 2010.

Kami mohon agar anda terus menyayangi serta berikan sokongan berterusan  kepada L (Kim Myung Soo), dan kami juga akan sentiasa menyokong beliau. 

Di samping itu, ahli-ahli semua mempunyai keazaman yang kuat tentang aktiviti secara berkumpulan, jadi pembubaran INFINITE adalah tidak dipertimbangkan sama sekali. Mengenai arah tuju aktiviti masa depan INFINITE, mereka akan kembali bersama kelak selepas perbincangan bersama memandangkan Sungkyu, Dongwoo, dan Sungyeol sedang menjalani khidmat ketenteraan. 

L tinggalkan Woollim untuk bergerak solo

Ekoran tamat kontrak bersama Woollim Entertainment, Kim Myung Soo atau L ambil keputusan untuk tidak memperbaharui kontraknya.

Pada 19 Ogos, ahli INFINITE tersebut, L telah menulis sepucuk surat dengan tulisan tangannya. Antara yang terkandung dalam isi surat tersebut adalah seperti berikut;

Hello, ini saya Kim Myung Soo atau L.

Pertama sekali, saya dengan ini menundukkan kepala saya untuk memohon maaf kepada anda semua dengan perkongsian berita sedih ini. Buat pertama kalinya saya menyapa anda setelah sekian lama dengan berita seumpama ini. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah memberikan sokongan kepada saya selama ini. Saya rasa berat hati untuk berkongsi berita ini kerana ia mungkin akan mengecewakan INSPIRIT yang seringkali menyokong dan menyayangi saya.

Kontrak saya telah tamat bersama Woollim Entertainment pada minggu lepas. Selepas sesi muhasabah diri, saya ambil keputusan untuk bergerak sendiri. Saya merasakan sudah sampai masanya untuk saya meneroka cabaran-cabaran yang baru. Dan dengan itu, kini saya bersedia untuk menyahut dan memulakan cabaran tersebut dalam kehidupan sebagai anak seni ini. 

Semasa bernaung di bawah agensi Woollim selama 10 tahun sejak debut sehingga kini, telah banyak saya pelajari dan secara tidak langsung pengalaman itu mendewasakan saya. 

Segala momen yang dicipta bersama INSPIRIT (nama kelab peminat kumpulan INFINITE), ianya frasa yang menggembirakan.  Kesemua ahli INFINITE yang telah saya habiskan masa bersama mereka, adalah satu kegembiraan yang tidak ternilai. Saya sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih buat mereka dan saya seringkali ingat akan janji kami bahawa kami akan sentiasa bersama.

Tidak dapat dizahirkan dalam kata-kata betapa banyaknya dorongan, kasih sayang, semangat serta kekuatan yang telah ahli INFINITE dan INSPIRIT berikan kepad saya sejak saya debut sehingga kini. Walaupun saat ini kita berada dalam situasi yang berbeza namun tiada satupun yang berubah kerana kita tetap bersama, saling mempercayai dan menyokong antara satu sama lain.

Buat, CEO Lee Jung Yeop, naib presiden Lee Ji Young, dan semua warga kerja terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk mencipta sebuah kegembiraan dan kebahagiaan yang tiada ternilai. Terima kasih juga kerana menyokong saya selama ini. Saya akan bekerja lebih keras selepas ini untuk menjadi yang lebih baik. 

Di samping itu, saya masih boleh meneruskan kegiatan seni bersama ahli INFINITE, dan saya akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi komitmen bersama anggota kumpulan pada bila-bila masa dan di mana juga tempat yang memerlukan saya.

Sekali lagi, saya berterima kasih kepada INSPIRIT, yang telah mempercayai saya selama ini dan memberikan kasih sayang yang amat saya hargai. Buat anda semua, saya akan bekerja keras untuk menjadi memperbaiki segala kekurangan yang ada agar menjadi yang lebih baik.

Terima kasih kerana sudi membaca surat ini sehingga ke penghujungnya.

Dari Kim Myung Soo.

Antara drama terbaru lakonan L adalah menerusi drama KBS “Angel’s Last Mission: Love” disamping Shin Hye Sun. Lee Dong Gun, Kim Bo Mi dan ramai lagi. Manakala album terakhir dari INFINITE adalah “Top Seed” yang dikeluarkan pada Januari 2018 dengan lagu hit mereka “Tell Me”. Apapun, kami doakan yang terbaik buat L dan semoga lebih berjaya !

loading...