Persahabatan yang erat terjalin antara Jung Woo Sung dan Lee Jung Jae telah mengundang reaksi spontan Lee Jung Jae setelah melihat foto lengan sahabatnya itu terpampang di media sosial.
Pada 17 Ogos 2019,agensi Artist Company telah berkongsi satu gambar terkini Jung Woo Sung dengan kapsyen berbunyi begini, “Gambar Jung Woo Sung sebaik saja muncul dalam ‘3 Meals a Day – Mountain Village.’ Tengok lengannya itu, bukti dia bekerja kuat untuk mencabut keluar kentang, seolah-olah ada kimia dengan kentang itu (“Midas”)”.
Namun, yang mengundang tawa netizen apabila kapsyen itu sebenarnya datang daripada Lee Jung Jae yang berkongsi mesej itu secara peribadi dengan Jung Woo Sung. Lee Jung Jae telah mengenakan rakan baiknya itu cukup-cukup. Lee Jung Jae dilaporkan berkata, “Keadaan kawan saya ketika sedang jalani penggambaran ‘3 Meals a Day’. Dia sudah ‘terbakar’… Dia kata kejadian ini berlaku sewaktu sedang menggali kentang.” Jika diperhatikan dengan lebih dekat foto tersebut, kelihatan lengan Jung Woo Sung kehitam-hitaman sedikit akibat pancaran sinar mentari yang terik dalam tempoh masa yang lama.
Jung Woo Sung menjadi tetamu pertama “3 Meals a Day – Mountain Village” yang dianggotai oleh trio wanita pula untuk edisi kali ini manakala Lee Jung Jae pula baru saja membintangi drama jtbc Aide bersama Shin Min Ah baru-baru ini dan sedang menjalani penggambaran untuk musim kedua. Dalam episod 3 Meals a Day berkenaan, Jung Woo Sung membantu Park So Dam, Yung Jum Ah dan Yoon Se Ah membanting tulang termasuklah menggali kentang, membeli barangan runcit dan menghidupkan api untuk mereka memasak. Episod pertama tersebut telah meraih rating sebanyak 7.3%.
3 Meals a Day dapat ditonton setiap hari Sabtu bermula hari ini, 17 Ogos 2019, pada jam 21:00 (GMT+8) di tvN Asia (Astro 395 & Unifi 211).
Sumber: OSEN