Drama SBS Vagabond akan bersiaran tak lama lagi menjelang bulan September depan. Bae Suzy nampaknya sudah bersungguh-sungguh untuk menunjukkan rentaknya sebagai gadis perisik dengan caranya tersendiri.
Baru-baru ini, Suzy memuatnaik beberapa gambarnya berwatakan ala-ala gadis Bond dengan mengacahkan pistol ke arah kamera. Foto-foto tersebut mengundang reaksi positif daripada netizen yang ternyata tak sabar untuk menyaksikan gandingan serasi kedua aktres itu dengan Lee Sung Gi, sejak drama MBC Gu Family Book dahulu.
SBS Vagabond mengisahkan Cha Dal Gul (lakonan Lee Seung Gi) yang mengimpikan untuk menjadi pelakon aksi terkenal sebelum terjebak dalam konspirasi politik dalam negara. Sewaktu sedang dalam misi untuk menyelongkar masalah korupsi, Cha Dal Gul bertemu dengan Go Hae Ri (lakonan Bae Suzy) , seorang agen NIS berkod hitam. Peranan Go Hae Ri pula masih menjadi misteri, dan bagaimana mereka bersaing semasa sendiri pada mulanya sebelum ianya bertukar kepada cinta.
Drama SBS Vagabond mendapat khidmat pengarah Yu In Suk, yang pernah tercalon Best Director 6th CARI Kdrama Awards sebelum ini, akan disiarkan pada 20 September 2019 untuk slot Jumaat & Sabtu menggantikan SBS Doctor John.
Sumber: spottvnews