“Hotel Del Luna” seringkali diperkataan kini dari pelbagai aspek termasuklah lakonan, para pelakonnya dan plot penceritaannya. Bahkan drama ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para penonton. Sesiapa yang sedang mengikuti drama ini, pastinya perasan akan pelakon yang membawakan watak Go Chung Myung, iaitu Lee Do Hyun. Dikhabarkan, beliau bakal ditawarkan watak utama pula selepas ini.
Pada 7 Ogos, media melaporkan bahawa Lee Do Hyun itu telah ditawarkan untuk muncul dalam drama terbaru pengarah (PD) Lee Eung Bok yang berjudul “Sweet Home”. Agensinya, Yuehua Entertainment menjawab dan menyatakan, “Ya, memang benar Lee Do Hyun dia telah menerima tawaran untuk drama terbaru tvN ‘Sweet Home’ dan masih lagi dalam proses penelitian skrip tersebut.”
“Sweet Home” adalah sebuah drama adaptasi daripada webtoon popular dengan nama yang sama dan menceritakan mengenai seorang pelajar sekolah menengah yang mengasingkan dirinya dari dunia luar ekoran ekoran trauma yang dialami akibat keganasan sekolah. Dia kehilangan keluarganya dan berpindah ke apartmen baru, di mana perkara aneh dan mengejutkan mulai berlaku. Drama ini sangat dinanti-nantikan kerana ianya merupakan projek terbaru daripada pengarah tersohor, PD Lee Eung Bok, yang pernah mengarahkan drama-drama hebat seperti KBS “Descendants of the Sun,” tvN “Goblin,”, tvN “Mr. Sunshine”, KBS “Secret Love”, dan SBS “School 2013.” Lee Eung Bok juga merupakan pemenang kategori ‘Best Director’ menerusi drama “Goblin” di 6th CariKdrama Awards
Lee Do Hyun mula debut pada tahun 2017 menerusi drama tvN “Prison Playbook” dan pernah membintangi drama SBS “30 but 17” SBS dan JTBC “Clean With Passion For Now” JTBC. Apakah Lee Do Hyun akan menerima tawaran ini? Stay tuned gais! Buat masa ini, boleh tengok lakonan Lee Do Hyun dalam Hotel Del Luna yang akan ditayangkan di tvN Asia Ch 395 dan Unifi TV Ch 211 mulai 14 Ogos akan datang.