Desas-desus bertebaran mengatakan pihak KBS mahu membatalkan tayangan drama ‘Tale of Nokdu’ lakonan Jang Do Yoon dan Kim So Hyun. Pelakon utamanya, Kim So Hyun juga pernah mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika menunggang kuda sewaktu menjalani penggambaran tempoh hari dikatakan telah melambatkan proses pembikinan drama ini.
Jurucakap KBS tampil menjelaskan khabar angin berkenaan pada 2 Ogos 2019. “Keputusan untuk menangguhkan tayangan drama ‘Tale of Nokdu’ belum dimuktamadkan lagi. Cadangan untuk menangguhkan tayangan drama ini adalah sehingga Februari depan. Kami belum putuskan apa nak ditayangkan pada Mac itu nanti.”
Sebelum ini, jadual tayangan KBS meletakkan drama ‘I Wanna Hear Your Song’ pada Ogos 2019 ini dengan disusuli oleh ‘Tale of Nokdu’ kemudiannya. Namun, disebabkan kekhuatiran mereka untuk bersaing sengit dengan drama-drama lain yang ditayangkan dalam slot sama lalu menyebabkan kerugian yang lebih teruk, sehingga kini produksi KBS belum mengesahkan ‘Tale of Nokdu’ adalah drama yang berikutnya. Baru-baru ini, “Pasukan Petugas Tinjauan Keseluruhan atau “Total Review Task Force (TF)” meramalkan defisit KBS pada akhir tahun 2019 dianggarkan sebanyak 101.9 bilion won (kira-kira $ 86.8 juta). Kerugian perniagaan secara terkumpul untuk lima tahun akan datang dianggarkan mencapai 656.9 bilion (kira-kira $ 559.4 juta). Maka, apabila tindakan ini diambil, ia suatu memadai buat pihak produksi KBS yang tengah mengambil langkah ‘penjimatan’ untuk programnya.
Baca lagi : Jang Dong Yoon akan ‘cross-dressing’ jadi perempuan demi Kim So Hyun untuk drama KBS Tale of Nok Du ?
KBS Tale of Nok Du yang diadaptasikan daripada webtoon popular, Nokdojeun oleh Hye Jin Yang, adalah berkisarkan tentang anak bangsawan yang melarikan diri dari rumah kerana tak mahu dikahwinkan atas kehendak keluarga sebelum menyamar jadi perempuan dan bertemu dengan gadis yang dipaksa menjadi gisaeng.