Bahang [ALEXANDROS] Sleepless In Kuala Lumpur masih lagi panas dan mencengkam jiwa!

Kuala Lumpur, Julai 19, 2019 – Pertama kali datang ke Kuala Lumpur pada September 2018, tidak ramai yang mengenali mereka. Namum bagi peminat anime dan filem Jepun sudah pasti mengenali mereka apatah lagi penyanyi utama kumpulan ini adalah pengemar filem yang tega. Mereka dalam proses  mengumpul material music dan lirik untuk menghasilkan album baru berskala penuh semenjak album terakhir mereka “EXIST!” yang dikeluarkan pada tahun 2016.

Sewaktu kunjungan mereka tahun lepas, terus terang Kmania langsung tidak mengenali [ALEXANDROS] jauh sekali berkaitan dengan anime. Maklumlah, Kmania lebih cenderung mendapatkan maklumat mengenai hiburan Korea. opss…jangan bash admin ya..hehe

Oleh itu, Kmania bersama dengan Rentak Sejuta [Jutaan terima kasih kepada Rentak Sejuta dengan peluang ini] sempat menemubual mereka secara dekat dan temubual tersebut banyak berkisar kepada harapan serta visi album terbaru mereka. Namun apa yang mencuri tumpuan kami pada masa itu adalah saat Yoohei berkongsi sedikit rahsia mengenai kisah silam remajanya. Boleh dikatakan kujungannya ke Kuala Lumpur pada ketika itu telah mengambalikan nostalgia percintaan beliau dengan seorang gadis yang berasal dari Malaysia yang dikenalinya ketika menetap dan belajar di Syria. Yoohei juga berkata, dia berkemungkinan akan menyelitkan lagu berkaitan cintanya yang terkubur dalam album tersebut. Tapi malangnya sehingga kini, ramai yang tidak mengetahui lagu yang mana dimaksudkan oleh Yoohei. Apakah lagu tersebut terkandung dalam album tersebut ataupun tidak. Tanpa sebarang penjelasan rapi oleh Yoohei, perkara itu masih lagi menjadi tanda tanya. Album baru [ALEXANDROS] yang berjudul “SLEEPLESS IN BROOKLYN” telah dikeluarkan pada November 2018 di bawah label Universal Music Japan sekaligus melancarkan [ALEXANDROS] 2019 ASIA TOUR.

Biarpun kurang dari setahun berjumpa dengan [ALEXANDROS], juga di Kuala Lumpur, kini mereka kembali lagi dengan lebih bertenaga dengan mempersembahkan lagu-lagu baru untuk peminat Malaysia sempena “SLEEPLES IN KUALA LUMPUR 2019” di Bentley Music Auditorium pada 19 Julai 2019 lepas. Kedatangan maereka untuk kali ke-2 ini telah mengabungkan peminat di Malaysia dan juga peminat dari Jepun serta Thailand yang sanggup terbang khas ke Malaysia demi menyaksikan konsert ini. Malahan ada peminat Jepun yang sanggup mengikuti [ALEXANDROS] ke seluruh lokasi konsert mereka di Asia.

[ALEXANDROS] yang juga dikenali dengan nama ALXD ini dianggotai oleh Yoohei Kawakami selaku ketua kumpulan dan penyanyi utama, Hiroyuki Isobe dan Masaki Shirai sebagai gitaris, manakala Satoyasu Shomura sebagai drummer.

Tanpa sebarang pengumuman serta amaran, [Alexandros] terus bermula rancak dengan lagu “LAST MINUTE”  yang dipetik dari album terbaru mereka “SLEEPLESS IN BROOKLYN”. Bahang panas berterusan disusuli dengan lagu “Dracula La”, “Starrrrr”, “I Don’t Believe In You”, “Waitress, Waitress”, “Girl A” dan “Party Is Over” . Sebaik sahaja menghabiskan nyanyian, barulah Yoohei menyapa para peminat.

Untuk makluman, hanya Yoohei dan Hiro sahaja yang fasih bertutur didalam Bahasa Inggeris. Kebiasaannya hanya mereka yang sering berkomunikasi dengan peminat. Tidak sah, kalau artis luar tidak mengucapkan beberapa perkataan tempatan di mana jua lokasi mereka lawati. Kebiasaannya, mereka selalu melontarkan perkataan wajib seperti ‘Aku Cinta Pada Mu’. Namun Yoohei menyapa peminat dengan bertanya ‘Seronok Tak’? yang kemudiannya dibalas gembira dan diperbetulkan sebutan oleh peminat Malaysia. Hero pula dengan perkataan ‘Minum’ sambil menunjukkan minuman beliau. Perkataan ‘Minum’ tersebut menjadi perkataan wajib Hiro kerana beliau gemar merasai pelbagai jenis minuman alkohol disetiap negara yang mereka lawati. Manakala Masaki pula menyapa peminat dengan perkataan ‘Hello’ dalam bahasa Mandarin. Ini adalah disebabkan hobi baru Masaki adalah ingin mempelajari bahasa Cina termasuk bahasa Thailand dan bahasa Malaysia. Reaksi Riad pula mencuri tumpuan apabila beliau berkata ‘Saya Suka Kucing’. Ini adalah kerana beliau adalah peminat kucing dan pasti di masa hadapan akan ada peminat menghadiahkan apa-apa berkaitan dengan kucing kepadanya.

Untuk pengetahuan peminat Malaysia, Satoyasu tidak dapat beraksi untuk konsert ini kerana berhadapan dengan masalah  tulang belakang dan mula menjalani rawatan pada bulan April. Malangnya pada akhir Mei, beliau disahkan menghidapi “Focal Dystonia” seterusnya diarahkan oleh doktor untuk menerima rawatan dan berehat sepenuhnya. Disebabkan perkara itu, beliau tidak dapat menyertai kesemua konsert jelajah yang dibuat diluar Jepun. Kita doakan semoga beliau akan cepat sembuh dan dapat kembali beraksi bersama [ALEXANDROS]. Sementara ini, tempat beliau akan digantikan oleh Riad Ibu, seorang jejaka kacukan Jepun dan Arab. Beliau kini bermastatuin sepenuhnya di Jepun, dan juga merupakan artis yang bernaung dibawah agensi sama dengan [ALEXANDROS] iaitu BIGMAMA.

Manakala Hiroyuki juga mengalami kecederaan retakan pada lutut akibat terjatuh dari pentas ketika persembahan mereka di Fukuoka, Jepun pada Mei 2019. Namun kecederaan tersebut tidak menghalang beliau untuk turut serta sepanjang konsert jelajah mereka walaupun ianya menghadkan pergerakan beliau di atas pentas.

Yoohei sempat menyemarakan semangat peminat dengan mengalakkan peminat jangan berhenti berusaha mengejar dan mengapai impian yang diingini kerana ianya pasti akan memberi kepuasan yang maksimum kepada diri sendiri seperti apa yang telah beliau hadapi. ‘Be yourself, coz that what i’m doing now’.  Melihat keadaan peminat di Malaysia yang pada pandangan Yoohei kelihatan malu-malu dalam mengekspresikan diri, Yoohei mengajak peminat Malaysia amnya datang ke Jepun untuk menghayati dan merasai bagaimana suasana serta perasaan ketika menyaksikan konsert di Jepun yang penuh meriah dan hidup . Diketika ini Hiro sempat bergurau menyakat Yoohei dengan menyatakan bahawa Yoohei boleh bercakap berterusan sehingga 2 jam dan lebih baik beliau berhenti dan meneruskan persembahan seterusnya.

Bahang suasana persembahan meledak dengan lagu berbahasa Inggeris bertajuk “Kaiju”  dan lagu “Mosquito Bite” yang menjadi lagu tema untuk filem ‘Bleach’. Manakala lagu “Arpeggio” dan “Your Song” adalah lagu tema untuk satu perisian video game PS4 bertajuk ‘Judgment’ di mana pelakon Takuya Kimura adalah watak utama. Lagu berjudul “Pray” pula merupakan lagu tema utama untuk filem GODZILLA : King Of The Monsters bagi tayangan di Jepun.

Persembahan tanpa henti sepanjang 2 jam begitu menyuntik adrenalin penonton. [ALEXANDROS] menyampaikan hampir kesemua lagu dari album “SLEEPLESS IN BROOKLYN”. Sebanyak 20 lagu dinyanyikan sepanjang konsert tersebut. Yoohei berkata walaupun ini kujungan kali ke-dua tapi merasakan seperti beliau memang menetap di Malaysia. Apakah Yoohei masih mengenangkan cinta monyet yang terkubur lama itu.? hmmm…  Tahun lepas peminat di Malaysia dikejutkan dengan lagu “Árpeggio”  menjadikan peminat yang pertama diperdengarkan secara ‘live’ lagu dari album tersebut. Pada tahun ini pula peminat Malaysia dihadiahkan lagu “Tsukiiro Horizon” yang baru dilancarkan melalui iTunes pada 12 Julai lalu.

Walaupun keterujaan penonton masih belum hilang namun setiap permulaan pasti akan ada penghujungnya. Sebaik menyampaikan lagu wajib iaitu “Wataridori” , maka persembahan berakhir dengan perpisahan.

Seperti juga tahun lepas, [ALEXANDROS] mengadakan sesi ‘High Five’ bersama 100 pemegang tiket VIP yang bertuah.

[ALEXANDROS] juga berjanji akan kembali lagi ke Malaysia pada tahun hadapan. Oleh itu, kepada peminat yang terlepas konsert mereka pada tahun ini, set date temujanji anda awal-awal ya. Semoga janji mereka ini teguh dan terlaksana seperti yang kita harapkan. See ya next year.

Ribuan terima kasih kepada pihak penganjur utama iaitu Toybox Projects di atas jemputan media ini. Kami mohon maaf di atas kekhilafan pihak kami sepanjang konsert berlangsung.

Konsert ini juga berjaya dilaksanakan dengan kerjasama pihak UKPM (Artist Management); RX-Record (Music Label); Creativeman Productions (Tour Agent); Livemasters Inc. (Tour producer). Ditaja oleh KidZania Kuala Lumpur (Venue Partner); EPOP (Official Magazine); M-Town (Official Japanese Paper); Rentak Sejuta dan Selebriti Online (Official Online Media); Aforadio (Official Radio); MTV Asia (Official Music Channel); Oyoshi (Official Tea); Royale Chulan The Curve (Official Hotel); Mighty Monster dan The Coffee Beans & Tea Leaf (Official Restaurant).

[ALEXANDROS] Sleeples in Kuala Lumpur 2019 setlist

1. LAST MINUTE
2. Dracula La
3. Starrrrrrr
4. I Don’t Believe In You
5. Waitress, Waitress!
6. Girl A
7. PARTY IS OVER
8. Kaiju
9. Mosquito Bite
10. Kick&Spin
11. NEW WALL
12. 明日、また (Ashita, Mata)
13. FISH TACOS PARTY
14. Your Song
15. Adventure
16. アルペジオ (Arpeggio)
ENCORE
1. 生 Burger Queen
2. Pray
3. 月色ホライズン (Tsukiiro Horizon)
4. ワタリドリ(Wataridori)

Disediakan oleh isabel