Belum mengah lagi berlakon, Lee Dong Gun terus sertai adaptasi drama tv amerika terkenal, ‘Leverage’

Lee Dong Gun tampaknya sudah mempertimbangkan drama korea terbaru sebagai projek susulan kepada drama KBS Angel’s Last Mission: Love yang sedang hangat ditayangkan sekarang.

Menurut donga, Lee Dong Gun dilaporkan akan membintangi drama korea yang diadaptasikan daripada drama tv amerika terkenal, ‘Leverage’ disiarkan menerusi platfom TNT.  “Leverage” yang pernah disiarkan sehingga lima musim bermula tahun 2008 dan tamat pada tahun 2012 ini berkisarkan tentang bekas penyiasat insurans yang merancang pencurian secara tertutup demi mangsa yang tertindas kerana tak mampu membuat tuntutan hak mereka di mahkamah. Penceritaan drama ini lebih kurang seperti ‘Robin Hood’ yang mencuri harta orang kaya untuk diserahkan kepada orang miskin yang tertindas daripadanya. Lee Dong Gun dikhabarkan akan melakonkan watak bekas penyiasat insurans Nathan “Nate” Ford dalam versi adaptasi asal.

Drama adaptasi “Leverage” ini akan mendapatkan sutradara Nam Ki Hoon (“jtbc Beauty Inside”,”OCN Voice 3″,”OCN Tunnel”) dan dirancangkan tayangannya di Meade menjelang September ini.

Sumber: donga, sporttvnews

loading...