Krew drama ternampak rambut Song Joong Ki gugur, mungkin tertekan kerana belum habis lagi bercerai

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo sedang menyesuaikan diri dengan proses penceraian mereka.

Menurut sumber terdekat daripada krew-krew drama tvN ‘Arthdal Chronicles’ yang dilaporkan portal money today hari ini, mereka berkata, “Berbagai-bagai cerita tentang keadaan Song Joong Ki semasa penggambaran. Song Joong Ki betul-betul menderita akibat tekanan dialaminya lalu menyebabkan rambutnya gugur.”

Kemudian, salah seorang krew juga berkata, “Saya dengar-dengar Song Joong Ki dan Song Hye Kyo lama sudah mahu bercerai sejak dua bulan yang lalu lagi. Tapi yang musykilnya, kenapa bagitahu waktu ini juga dan bukannya mula-mula sebelum drama ‘Arthadal Chronicles’ disiarkan.”

Gambar yang didakwa sebagai rambutnya telah gugur.

Seorang krew telah memuatnaik gambar Song Joong Ki dengan keadaannya semakin kurus. Segelintir netizen mendakwa ini bukti rambutnya sudah gugur, mungkin tertekan kerana belum habis lagi bercerai, manakala segelintir yang lain pula berpendapat hanya satu gambar saja menunjukkan rambutnya sudah gugur dan lain-lain gambarnya masih dalam keadaan seperti biasa.

Berita penceraian mereka dikatakan tak banyak mempengaruhi ‘ratings’ dikecapi oleh drama ‘Arthdal Chronicles’ apabila ‘ratings’ tetap stabil di antara 5% hingga 8% bagi setiap minggu. Jika tiada aral yang melintang, proses penceraian itu akan berakhir menjelang Ogos ini.

Sumber: money today , hankyung, sindonews

loading...