Irene, Song Joong Ki, Hanbin, Jungkook, Im Soo Jung & lain-lain ini bakal merebut Kmania Top 10 Stars untuk bulan Jun 2019.. siapakah bakal anda pilih?

Kmania sedang menerbitkan senarai TOP 10 Stars pilihan rakyat Malaysia bagi setiap bulan. Senarai yang dipanggil sebagai “Kmania Top 10 Stars” ini akan diterbitkan pada minggu terakhir setiap bulan. Park Seo Joon, Taehyung BTS, Do Kyung Soo EXO, Song Ji Hyo, Lee Jong Suk dan Lisa Blackpink, Jungkook BTS ialah juara Top 10 Stars sebelum ini masing-masing untuk bulan Ogos ’18, September ’18, Oktober ’18, November ’18, Disember ’18, Februari ’19, Mac ’19, April ’19 dan Mei ’19.

 

Penentuan senarai top 10 bagi setiap kategori di bawah adalah berdasarkan sohor kini (‘trending’) di laman sosial mengikut geografi Malaysia saja , aktiviti mereka lakukan di Malaysia serta karya mereka yang menjadi keminatan rakyat Malaysia. Penilaian diambil pada tarikh 1 Jun sehingga 27 Jun. Anda mesti mengundi untuk menentukan siapakah bakal terpilih dalam”Kmania Top 10 Stars” bagi edisi bulan Jun yang akan diterbitkan tak lama lagi. Anda dibenarkan mengundi tidak lebih daripada 10 calon saja.

UNDIAN DITUTUP PADA 30 Jun 2019.

loading...