‘Rating’ KBS Angel’s Last Mission mengatasi MBC Spring Night untuk pusingan pertama

Kedua-dua drama ini sudah menyinggah di kaca televisyen Korea bermula semalam.

Berdasarkan data ‘ratings’ yang disediakan oleh Nielsen untuk episod pertama dan kedua, drama KBS Angel’s Last Mission telah memintas MBC Spring Night dengan ‘ratings’ yang dikecapi sebanyak 7.3% dan 9.3% berbanding 3.9% dan 6.3% oleh MBC Spring Night. MBC Spring Night memulakan tayangan sejam lebih awal berbanding KBS Angel’s Last Mission setelah pihak produksi MBC memutuskan untuk merombak jadual tayangannya sebelum ini.

 Namun begitu, kedua-duanya juga mencatat peningkatan tertinggi dengan kadar lebih 2% untuk selang seepisod membuktikan kedua-duanya bakal bersaing ketat merebut kedudukan tertinggi ‘ratings’ di masa akan datang. Turut bersaing pada hari yang sama ialah tvN Her Private Life yang akan melabuhkan tirainya pada minggu hadapan dengan ‘ratings’ sebanyak 2.7%, SBS Absolute Boyfriend dengan rating 2.4% dan 3.0%, serta akhir sekali OCN ‘Save Me’ musim kedua dengan ratings sejumlah 1.7%.

KBS ‘Angel’s Last Mission’ yang dilakonkan oleh Kim Myung Soo (L INfinite)  dan Shin Hye Sun iniberkisarkan tentang seseorang bidadara syurga yang ditugaskan sebagai dewa asmara (‘cupid’) buat segelintir manusia yang terpilih untuk mencari kebahagian hakiki menerusi cinta. Tugas ini diabadikan sebagai jaminan untuk kembali semula ke syurga idaman. Namun lain pula yang terjadi apabila dia sendiri jatuh cinta terhadap seorang manusia, sekaligus melanggar larangan yang diperintahkan sebagai bidadara syurga. Manakala, MBC ‘Spring Night’ yang dbintangi oleh Jung Hae In dan Han Ji Min dan diarahkan oleh pemenang Best Director CARI Kdrama Awards, Ahn Pan Suk ini pula menceritakan mengenai kisah pasangan kekasih yang telah lama bercinta di mana telah sampai kepada topik perkahwinan dalam perhubungan mereka. Perkara ini mendorong mereka untuk mengenali dengan lebih mendalam pasangan mereka, saling menghargai dan memahami erti cinta yang sebenarnya. Tanpa disedari, ini membuatkan mereka menemui cinta yang baru.

KBS Angel’s Last Mission boleh ditonton di KBS World TV Ch 391 dan 392 HD hari ini, jam 9.00 malam untuk slot drama Khamis dan Jumaat manakala MBC ‘Spring Night’ pula ditonton menerusi Netflix setiap hari Rabu dan Khamis, sejam selepas tayangan di Korea.

Sumber: IS Plus

loading...