Kim Go Eun sah dipasangkan dengan Lee Min Ho untuk drama terbaru Kim Eun Sook, ‘The King : Monarch of Eternity

Kim Go Eun telah mengesahkan akan berlakon di samping Lee Min Ho di dalam drama terbaru nukilan penulis popular, Kim Eun Sook berjudul “The King : Monarch of Eternity”. “The King : Monarch of Eternity” ialah sebuah drama berkonsepkan dua dimensi dunia yang berbeza  antara Republik Korea dan juga negara dengan sistem monarki berpelembagaan.

Lee Min Ho pula akan memegang watak sebagai maharaja Yigon yang menjualkan dirinya kepada syaitan untuk kekal berkuasa. Syaitan tersebut membuka dunia dari dimensi yang berbeza dan Yigon akan menyelinap masuk ke dunia dimensinya untuk menyamar dirinya yang lagi satu. Dunia dimensi tersebut dikatakan lebih indah berbanding dunia sebenar yang dialaminya.

Kim Go Eun pula akan memegang watak bernama Luna yang mempunyai identiti berbeza dari dua dimensi yang berlainan.  Luna digambarkan sebagai seorang penjenayah di dalam dunia monarki yang asal yang mungkin tidak disukai oleh Yigon. Adakah Yigon akan menemui Luna yang lain di dalam dimensi yang baru itu ? Sama-sama kita saksikan.

“The King : Monarch Of Eternity” yang belum mendapat slot tayangan di mana-mana cenel lagi bakal diarahkan oleh Bae Sang Hoon, pengarah kedua KBS Descendants of The Sun,dan juga pengarah KBS Moonlight Drawn by Clouds setelah tiga kali berturut-turut bekerjasama dengan PD Lee Eun Book sebelum ini. Drama ini dirancangkan tayangannya menjelang awal tahun hadapan.

Sumber: OSEN , IS Plus , news1

.