Kang Daniel menang tuntutan mahkamahnya terhadap LM Entertainment & berterima kasih pada peminat

Setelah menunggu hampir dua bulan untuk menyelesaikan pertikaiannya dengan syarikat agensi sendiri, akhirnya mahkamah memutuskan bahawa kontrak perjanjian Kang Daniel dengan LM Entertainment terbatal serta-merta.

Hakim Mahkamah Seksyen daerah Seoul mendapati LM Entertainment telah bertindak di luar batasan dengan menandatangi kontrak dengan pihak ketiga (MMO Entertainment) tanpa kebenaran Kang Daniel. “Disebabkan telah termaktub Kang Daniel tak pernah sesekali bersetuju dengan kandungan kontrak baharu itu, tindakan LM itu telah melanggar perjanjian kontrak yang asal, lalu memusnahkan hubungan kepercayaan dibina di antara plaintif dan defendan”. Dengan keputusan itu, Kang Daniel bebas untuk melakukan aktiviti secara sendirian tanpa terikat dengan LM Entertainment lagi.

Sebaik saja diumumkan berita baik tersebut, Kang Daniel terus memuatnaik kapsyen bergambar di laman instagram miliknya sebagai tanda terima kasih buat peminat yang tak putus-putus memberikannya sokongan semenjak perseteruannya dengan agensinya itu bermula. “Saya takkan menjadi begitu berani jika tiada sokongan padu daripada kalian. Dalam tempoh masa yang begitu panjang dalam keadaan saya terpaksa berdiam diri, saya amati komen seorang demi seorang dan begitu terharu dengan kepercayaan diberikan ,” katanya.

Sementara itu, LM Entertainment dilaporkan masih tidak berputus asa dan akan merayu keputusan mahkamah yang difikirkan mereka tidak adil itu ke peringkat tertinggi.

Kang Daniel seringkali diangkat antara idol kpop paling popular di tanah kelahirannya sendiri sejak berkecimpung sebagai ahli Wanna One dan seringkali menduduki top 3 teratas dalam senarai jenama populariti setiap bulan. Pertikaiannya dengan agensinya sendiri telah memakan masa berbulan-bulan dan banyak aktiviti dirancangkannya terpaksa ditangguhkan gara-gara tindakannya sendirian tak mendapat restu daripada agensinya.

Sumber: sport seoul , ytn

loading...