“Mak sayang kamu Hye Na ” – Lee Bo Young

Peminat kdrama yang sedang menonton tvN Mother pastinya sedang kepiluan melihat interaksi antara seorang cikgu yang menjadi “ibu” sementara buat anak muridnya yang didera oleh ibu kandungnya sendiri. Kasih sayang antara mereka telah menyebabkan penonton tak mampu menahan sebak, sekali-sekala turut menangis kesedihan menyaksikan adegan Hye Na akhirnya terpaksa dipisahkan daripada orang yang dianggap ibu sendiri yang menjadi pelindungnya selama ini.

Lee Bo Young mengakui, bukan mudah untuk menjayakan watak seorang ibu melainkan pelakonnya sendiri ialah seorang ibu kerana baginya setiap kanak-kanak ini perlu dilindungi tak kira dari mana datangnya keturunannya.

“Kalau saya tak lahirkan anak, tak mungkin saya dapat memahami jiwa seorang emak yang memberi perlindungan tanpa ragu-ragu ke atas anaknya.” kata Lee Bo Young dalam temuduganya bersama wartawan OSEN.

Lee Bo Young berkahwin dengan pemenang 2 kali Best Actor CARI Kdrama Awards, Ji Sung pada tahun 2013. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Kwak Ji Yoo pada tahun 2015.

“Begitu sukar keadaan saya sewaktu melahirkan Kwak Ji Yoo. Saya tak sesekali mampu mengalirkan air mata kerana menyaksikan anak pertama wujud dalam dunia kami berdua (merujuk pada perkahwinan dengan Ji Sung) sepatutnya sesuatu kegembiraan. Saya tak tahu kenapa, mungkin saya tak faham apa itu yang dimaksudkan dengan ‘keibuan’. Saya mungkin menjadi antara mak yang jahat atau mithali ,” seloroh Lee Bo Young lagi.

“Tapi, semuanya berubah selepas Ji Sung meyakinkan saya dengan tvN Mother. Perwatakan Hye Na telah mengubah perspektif saya tentang nilai seorang emak itu ke atas anaknya. Saya melihat ‘Hye Na’ seperti anak saya sendiri (Ji Yoo) ” tambah Lee Bo Young.

tvN Mother yang disiarkan setiap hari Rabu dan Khamis dan telah pun berakhir semalam, mengisahkan tentang seorang cikgu sekolah rendah yang bersimpati dengan nasib dialami muridnya yang didera secara mental dan fizikal oleh ibubapanya di rumah. Cikgu tersebut telah men’culik’ budak tersebut dan membawanya bersiar-siar dengan harapan dia dapat melupakan penderitaan dialaminya. Drama ini merupakan adaptasi drama popular Jepun pada tahun 2010 lepas. Episod-episod terakhir drama ini telah meninggalkan kesan kesedihan berpanjangan buat penonton kdrama. Begitu besar pengorbanan seorang yang dianggap sebagai ibu buat kanak-kanak yang memerlukan kasih sayang daripadanya. “Mak sayang kamu, Hye Na , ” luah Soo Jin dengan sepenuh kasihnya.

Sumber:  OSEN

 

loading...