Pelakon Cho Soo Hyun telah dikejarkan ke hospital selepas dijumpai terkulai lemah di dalam sebuah vila terletak di Nonhyeondong, Gangnam, Seoul.
Polis menerima panggilan kecemasan semalam daripada adiknya yang mengesyaki Cho Soo Hyun akan membuat perkara tak diingini selepas membaca surat anaknya. Polis yang tiba sekitar jam 11.23 pm menemui Cho Soo Hyun dalam keadaan hampir kelemasan kerana memakan pil tidur berlebihan, kemungkinan untuk cubaan bunuh diri.
Cho Soo Hyun yang kini berusia 37 tahun pernah membintangi drama KBS A Tale of Two Sisters dan OCN Ya Cha.
Sumber: tv report