Carta Top 10 Stars kembali lagi. Setelah Lee Jong Suk mencipta sejarah dengan mengekalkan di kedudukan no.1 selama dua bulan berturut-turut, akhirnya beliau kecundang juga dan lebih malang lagi, namanya terkeluar terus dari tersenarai dalam top 10 kali ini. Lalisa Manoban atau dikenali sebagai Lisa daripada kumpulan Blackpink pula menyandang kejuaraan bagi Carta ‘Kmania Top 10 stars’ bulan Mac 2019.
Lisa Blackpink naik daripada kedudukan no.2 pada bulan lepas di bawah Lee Jong Suk. Lisa adalah selebriti kelahiran Thailand yang menempa nama di Korea Selatan dan antara selebriti yang paling berpengaruh dilaman instagram dengan bilangan pengikut yang ramai. Ini membuktikan ramai peminat masih menyokong Lisa meskipun beliau pernah diserang oleh sesetengah netizen kerana tak memiliki kulit secerah artis kelahiran Korea. Kelincahan atas bakat tarian ditonjolkan membantu Lisa membina pengikutnya dengan lebih ramai saban hari. Kim Jennie yang merupakan rakan seangkatannya di dalam kumpulan yang sama juga berada dalam kedudukan tak kurang hebatnya, iaitu no.3. Jennie diberikan pendedahan lebih awal berbanding rakan-rakan sekumpulannya apabila diberi peluang menyanyikan single sulungnya, ‘Solo’ . Siapa sangka single ‘Solo’ nyanyian Jennie mampu menendang keluar beberapa pesaing pada masa itu untuk berada di kedudukan no.1 berminggu-minggu dalam carta muzik Korea (Gaon Chart, Billboard Kpop Hot 100) . Penerimaannya di Malaysia juga sangat mengagumkan apabila dinobatkan sebagai lagu kpop keempat paling popular pada tahun 2018. Bahang konsert Blackpink 2019 Asia Tour [In Your Area] di Stadium Melawati yang masih hangat lagi terasa memacu kelangsungan populariti mereka selain mencatat sebagai pemegang rekod kumpulan artis kpop pertama mengadakan konsert dua hari berturut-turut di Malaysia. Sudah semestinya, ‘single’ terbaru berjudul ‘Kill This Love’ dilancarkan tak lama lagi bakal menambahkan lagi kehangatan tersebut.
Baca lagi : Biarpun dikritik hebat, sejarah BLACKPINK terlakar di Stadium Melawati
Dalam memberikan saingan sengit kepada Lisa Blackpink, Kim Seok Jin atau dikenali sebagai Jin daripada kumpulan BTS, mencatat kedudukan sangat baik di posisi no.2 untuk pertama kali sepanjang berada di dalam carta Top 10 Stars. Memiliki paras rupa yang agak mengancam berbanding rakan-rakan sekumpulannya ditambah lagi dengan keyakinan dirinya sebagai pemegang gelaran ‘World-wide Handsome’, Jin tak pernah luntur sama sekali dalam menghiburkan para peminatnya. Penangan BTS tak terhenti di situ saja. Di tempat ke-4 dan no.7 pula masing-masing diisi oleh rakan sekumpulannya iaitu Kim Taehyung (Taehyung) dan Jeon Jungkook (Jungkook). Taehyung yang pernah menjuarai kedudukan no.1 pada carta edisi bulan September 2018 lepas kembali semula setelah lebih dua bulan gagal tersenarai manakala Jungkook pula menurun daripada posisi yang diraih oleh Taehyung sekarang. Taehyung lebih dikenali dengan pakej visualnya yang mengagumkan dan suara mendalamnya yang menyeksikan manakala Jungkook bukan saja-saja dipanggil ‘Golden Maknae’ kerana tempatnya sebagai vokalis utama kumpulan tersebut, tapi juga kepandaiannya mencantikkan teknik nyanyiannya di dalam persembahan dibuat secara langsung. Buat peminat Armys sekalian, BTS akan membuat kemunculan semula pada awal April ini dengan pelancaran album Map of the Soul : Persona dan akan bergandingan dengan Emma Stone untuk program Saturday Night Live sehari selepas itu.
Baca lagi : Emma Stone menempah BTS semalam untuk Saturday Night Live (SNL)
Tempat ke-5 menjadi milik Ong Seung Wu, bekas ahli kumpulan Wanna One yang telah dibubarkan dan menurun sedikit dari kedudukan ke-3 sebelum ini. Mungkin pertemuan dengan peminatnya di Malaysia pada 23 Mac lalu memberikan kelebihan buat Ong Seong Wu untuk mendapat kiraan undi terbanyak selain aura ketampanan yang dimilikinya. Pertemuan bersama peminat itu juga mendapat maklum balas positif daripada mereka yang mengagumi caranya menguasai pentas berpadanan dengan pilihannya untuk bergerak aktif secara solo. Selain itu, Ong Seung Wu juga akan menerajui drama terbaru JTBC bertajuk “Eighteen” tak lama lagi.
Baca lagi : Selama ini Ong Seong Woo ubati kesunyian dengan temui peminat
Walaupun diberitakan sedang bertelingkah dengan pihak pengurusan sendiri, namun Kang Daniel tetap mengekalkan popularitinya dengan mengekalkan kedudukannya pada no.6. Lebih mengagumkan, bekas ahli kumpulan Wanna One ini kekal berada dalam top 10 sejak carta edisi October 2018; iaitu no.10 (Nov 2018) , no.4 (Dec 2018) dan no.6 (Feb 2019). Semoga isunya dengan pihak pengurusan dapat diselesaikan segera agar Kang Daniel kembali memeriahkan industri hiburan.
Baca lagi : [Analisis] Siapakah gerangannya ‘Ahmad Bo Gum’ tiba-tiba tertular di media sosial sejak semalam ?
Di tiga kedudukan terbawah diraih oleh para pelakon pula setelah kedudukan teratas didominasi oleh penyanyi idol. Lee Dong Wook berada di posisi no.8, diikuti oleh Park Bo Gum (no.9) dan Lee Sung Kyung (no.10). Drama tvN ‘Touch Your Heart’ yang baru berakhir beberapa hari lalu sudah pastinya membantu Lee Dong Wook tersenarai semula hasil lakonannya yang penuh romantis sebagai peguam yang menaruh hati kepada anak guamnya, yakni seorang penyanyi. Manakala, Park Bo Gum yang jatuh daripada posisi no.5 sebelum ini tetap unggul berada dalam top 10. Jika program jelajahnya bersama peminat dianjakkan lebih awal sedikit di Malaysia, mungkin beliau akan memacu kedudukan lebih tinggi dengan undian yang sangat besar kerana penangan ‘Belaian Jiwa’ itu bukan calang-calang hebatnya sehingga membawa kepada gelaran ‘Ahmad Bogum’ buat dirinya, khas daripada komuniti di Malaysia sebagai penghargaan atas kemampuannya menyanyikan lagu berbahasa Melayu dengan baik sekali. Akhir sekali, Lee Sung Kyung, seorang pelakon merangkap model menjadikannya satu-satunya pelakon perempuan tersenarai kali ini. Kehadirannya di dalam Kwave Halal Show yang dirasmikan oleh presiden negaranya sendiri telah membantu peminatnya di Malaysia berpusu-pusu mengundinya kali ini.
NO. |
Top 10 Stars |
Name |
1 | Lisa (Blackpink) | |
2 | Jin (BTS) | |
3 | Jennie (Blackpink) | |
4 | Taehyung (BTS) | |
5 | Ong Seung Wu | |
6 | Kang Daniel | |
7 | Jungkook (BTS) | |
8 |
Lee Dong Wook | |
9 | Park Bo Gum | |
10 | Lee Sung Kyung |
Segala keputusan di atas adalah berdasarkan undian secara atas talian menerusi website kami kmania.info. Untuk mengetahui carta Top 10 ‘Kmania Top Stars’ sila klik pautan seperti di bawah:
- https://kmania.info/2017/12/01/ha-ji-won-merangkul-kmania-top-star-untuk-bulan-november-2017/
- https://kmania.info/2017/10/30/lee-jong-suk-dinobatkan-kmania-top-star-untuk-bulan-october-2017/
- https://kmania.info/2018/08/20/park-seo-joon-ialah-kmania-top-star-untuk-bulan-ogos-2018/
- https://kmania.info/2018/10/01/v-taehyung-bts-rampas-takhta-kmania-top-star-milik-park-seo-joon-untuk-bulan-sept-2018/
- https://kmania.info/2018/11/01/do-kyung-soo-exo-rampas-takhta-kmania-top-star-milik-taehyung-bts-untuk-bulan-oct-2018/
- https://kmania.info/2018/12/01/song-ji-hyo-rampas-takhta-kmania-top-star-milik-do-kyung-soo-exo-untuk-bulan-nov-2018/
- https://kmania.info/2019/01/02/lee-jong-suk-rampas-takhta-kmania-top-star-milik-song-ji-hyo-untuk-bulan-dec-2018/
- https://kmania.info/2019/03/12/lee-jong-suk-cipta-rekod-pegang-takhta-kmania-top-star-untuk-dua-kali-berturut-turut/