[Update] 6 seleksi drama Korea terbaru sepanjang April ini!

Annyeong Yorobun, Chinguyaa,

April is coming! Seperti biasa, ini dia senarai drama baru Korea yang akan bersiaran sepanjang bulan April yang mana bakal menjadi drama pilihan hati korang. Selamat menonton, semua!

1. Dear Citizen / My Fellow Citizens (KBS) 

“My Fellow” Citizens atau “Dear Citizen” adalah bertemakan kriminal komedi, mengisahkan seorang penipu yang mana ditakdirkan berkahwin dengan pegawai polis. Beliau akhirnya bertanding untuk kerusi parlimen. Skrip drama ini ditulis oleh Han Jung Hoon (Vampire Prosecutor, Bad Guys dan Squad 38) dan diarahkan oleh Kim Jung Hyun (Jugglers).

Choi Si Won membawakan watak penipu teragung, Yang Jung Gook yang dipelajari daripada bapanya sendiri dan tidak pernah ditangkap oleh pihak polis. Jung Gook terlibat dengan ceti haram untuk meminjam duit bagi mengahwini kekasih hatinya. Namun, beliau sebenarnya telah ditipu hidup-hidup oleh bekas teman wanitanya yang membawa lari duit digunakan untuk majlis perkahwinan mereka. Hidupnya mula berubah apabila beliau ditakdirkan berkahwin dengan anggota polis dan akhirnya menjadi ahli parlimen.

Lee Mi Young dilakonkan oleh Lee Yoo Young, merupakan seorang polis tapi menyembunyikan identitinya di hadapan Yang Jung Gook sehinggalah saat-saat hari perkahwinan mereka. Lee Mi Young terpaksa berbuat demikian kerana kecewa dengan bekas teman lelakinya yang meninggalkannya atas sebab dirinya bekerja sebagai polis. Sebaik saja Lee Mi Young memberitahu identitinya sebenar kepada Yang Jung Gook, YangJung Gook seolah-olah seperti tak boleh menerima hakikat tersebut dan mahu meninggalkannya. Dapatkah cinta mereka bertaut semula?

Watak Park Hoo Ja pula dilakonkan oleh Kim Min Jung, yakni anak kepada ceti haram terkemuka, Park Sang Pil. Park Hoo Ja mencari orang yang berjaya menipu ayahnya sehingga membuatkan ayahnya tersungkur. beliau berjaya menemui Yang Jung Gook tapi tidak membalas dendam namun meminta Jung Gook bertanding untuk kerusi parlimen.

Drama ini akan mula disiarkan dirangkaian KBS World Ch 391 dan 392 HD mulai 2 April depan pada jam 9.10 malam setiap Selasa dan Rabu. 

2.  Beautiful World (JTBC)

JTBC ‘Beautiful World’ bertemakan kekeluargaan. Ia mengisahkan tentang kejadian keganasan disebuah sekolah di mana mengakibatkan seorang lelaki berada dipersimpangan antara hidup dan mati serta keluarganya yang berusaha untuk mencari kebenaran disebalik kejadian tersebut.

Park Moo-Jin (Park Hee-Soon) dan Kang In-Ha (Choo Ja-Hyun) merupakan ayah dan ibu  kepada Park Sun Ho (Nam Da Reum) serta Park Soo Ho (Kim Hwan Hee).  Park Moo-Jin bekerja sebagai guru di sekolah tinggi dan Kang In-Ha menjalankan perniagaan roti. Manakala Park Sun Ho merupakan pelajar tahun 3 disebuah sekolah menengah. Kehidupan mereka yang bahagia bertukar duka apabila Park Sun Ho menjadi mangsa keganasan sekolah dan mengalami kecederaan parah. Ini membuatkan keluarga Park Sun Ho cuba untuk mendedahkan keberaran disebalik serangan terhadap anak mereka.

Sementara itu, Oh Jin-Pyo (Oh Man Seok) dan Seo Eun-Joo (Cho Yeo-Jeong) adalah ibu bapa kepada Oh Joon Seok (Seo Dong Hyun). Mereka berada dalam kelompok keluarga yang kaya dan sentiasa berjaya serta miliki apa yang mereka inginkan. Bagaimanapun, segalanya berubah, tatkala anak kesayangan mereka, Oh Joon Seok menimbulkan masalah serius di sekolah. Untuk menutup kes ini dan demi menjaga reputasi, Oh Jin Pyo dan Seo Eun Jo melakukan apa sahaja agar masyarakat tidak tahu kisah sebenarnya.

Kedua-dua buah keluarga ini sama-sama berhadapan situasi sukar demi meneruskan kehidupan. Mereka berusaha sehabis baik untuk mencapai ‘dunia indah’ masing-masing

“Beautiful World” akan mula bersiaran dirangkaian JTBC pada 5 April, setiap Jumaat dan Sabtu jam 11 malam.

3. Special Labor Inspector / Special Labor Inspector Jo Jang Poong (MBC)

“Special Labor Inspector” mengisahkan seorang bekas atlit judo dan kemudian bekerja sebagai guru pendidikan jasmani dan olahraga yang dibuang dari kerjayanya kerana terlalu mengikut emosi. Beliau kemudian berjaya berkhidmat sebagai  pemeriksa tenaga buruh di Kementerian Tenagakerja dan Buruh.

Jo Jin-Gab yang dilakonkan oleh Kim Dong Wook pernah menjadi atlet judo yang hebat. Beliau pernah melakukan protes berkaitan rasuh disebuah pertandingan dan akhirnya beliau digugurkan dari pasukan judo kebangsaan. Selepas itu, Jo Jin Gab kemudian bekerja sebagai seorang guru pendidikan jasmani dan olahraga.

Namun, disebabkan gagal mengawal amarah serta emosi terhadap anak pengetua sekolah,sekali lagi, beliau ditendang keluar daripada profession guru. Beliau gagal mengawal emosi dan marahnya selain bertindak ikut suka hatinya. Jo Jin-Gab kemudian telah ujian untuk menjadi pegawai kerajaan. Pada fikirannya, tidak mudah untuk beliau dipecat sekiranya berkhidmat di jabatan kerajaan.

Beliau cuba untuk bekerja dengan aman, tetapi kemudian beliau dipindahkan untuk bekerja sebagai pemeriksa tenaga buruh di Kementerian Tenagakerja dan Buruh. Sering berhadapan dengan mereka yang gemar menyalahguna kuasa, apakah Jo Jin Gab akan kembali ke dirinya yang dulu (gagal kawal emosi dan amarah serta bertindak ikut kata hati)?

“Special Labor Inspector” akan mula bersiaran pada 8 April ini, pada jam 10 malam bagi mengisi slot drama Isnin – Selasa dirangkaian MBC. Drama ini dibintangi oleh Kim Dong Wook, Kim Kyung Nam, Ryu Deok Hwan, Park Se Young dan ramai lagi. Drama ini akan bersiaran di Oh!K Ch 394 setiap Selasa – Rabu, jam 7.50 petang bagi menggantikan slot drama Item mulai 9 April.

4. Her Private Life (tvN) 

tvn ‘Her Private Life’ merupakan sebuah drama adaptasi daripada novel web bertajuk “Noona Fan DotCom” oleh Kim Sung Yeon. Ianya berkisarkan tentang percintaan seorang kurator yang berbakat dengan pengarah muzium seni yang mungkin obses terhadapnya kerana meminati kerja-kerja seninya tapi pada masa sama merupakan peminat idol kpop.

Drama ini akan dibintangi oleh pelakon pujaan ramai Kim Jae Wook, Park Min Young, Kim Bo Ra, Ahn Bo Hyun, Park Jin Joo dan ramai lagi.

Kim Jae Wook akan membawakan watak sebagai Ryan Gold, yakni pengarah Filling Art Museum yang baru dilantik. Kelibatnya di dalam drama ini ialah seorang yang dalam keadaan penuh kemisterian selain obses terhadap ukiran-ukiran seni berbanding sekadar menjadi pengarah museum. Pemikirannya mungkin sukar difahami kerana suka bersikap sinis terhadap sesuatu perkara sehingga pernah mengabaikan bakat hanya kerana kesalahan kecil dilakukannya.

Pada suatu hari, Ryan Gold terlihat ukiran dibuat oleh Sung Duk Mi (lakonan Park Min Young) lalu jatuh hati padanya.  Beliau menghampirinya sebagai peminat seni.Tapi lagaknya itu telah menyakitkan hati Sung Duk Mi. Lama-kelamaan, Ryan Gold mengetahui bahawa Sung Duk Mi juga meminati penyanyi idol yang sama, Shi-Ahn. Mungkinkah Sung Duk Mi kemudian berubah hati dan menjadi suri hati buat Ryan Gold?

tvN ‘Her Private Life’ diarahkan oleh PD Hong Jong Chan (“tvN Dear My Friends”,”jtbc Life” , “tvN Life Up To Your Name”) dan akan disiarkan mulai 11 April, jam 9.45 malam menerusi tvN Asia Ch 395 dan unifi Ch 211 pada setiap Khamis dan Jumaat. Drama ini akan menggantikan slot Touch Your Heart gandingan Lee Dong Wook dan Yoo In Na serta akan bersiaran dalam tempoh 24 jam selepas tayangan di Korea.

5. Because It’s My First Love (Netflix) 

Drama terbaru “Because It’s My First Love” ini merupakan hasil garapan seorang sutardara PD direktur Oh Jin Suk ( SBS -My Sassy Girl) dan ditulis oleh  Jung Hyun Jung (drama kabel – Because It’s The First Time dan tvN-Romance is a Bonus Book).

“Because It’s My First Love ini bertemakan tentang kehidupan anak muda yang penuh dengan cita-cita dan impiqn. Drama ini juga akan memaparkan kisah-kisah persahabatan dan percintaan dizaman muda belia yang mungkin dapat menggamit kenangan para penonton.

Mengisahkan lima sekawan dipertengahan 20-an yang meninggalkan rumah masing-masing dengan alasan yang berbeza. Mereka kemudia membuat keputusan untuk tinggal bersama. Lima sekawan tersebut adalah Tae-O (Ji Soo), Song-Yi (Jung Chae-Yeon), Do-Hyun (Jin Young), Ga-Rin (Choi Ri) dan Hoon (Kang Tae-Oh).

Tae-O dan Song-Yi telah berkawan sejak kecil. Manakala, Do Hyun adalah kawan kepada Tae O. Song-Yi dan Do-Hyun pula masing-masing menyimpan perasaan antara satu sama lain. Apakah cabaran yang akan menimpa  mereka berlima? Mampukah mereka menguruskan kehidupan dengan baik?

“Because It’s My First Loveakan disiarkan menerusi ch Netflix mulai 18 April ini.

6. Mung Bean Flower / Nokdu Flower (SBS) 

 

Drama sageuk SBS  berjudul “Nokdu Flower” atau “Mung Bean Flower”  dikarang oleh Jung Hyu Min (“KBS Jeon Do Jeon”,”KBS Assembly”) . Drama ini dibintangi oleh Jo Jung Suk, Yoon Shi Yoon, Han Ye Ri dan ramai lagi.

Jo Jung Suk dan Yoon Shin Yoon akan menjadi adik-beradik kandung berlainan ibu yang hidup semasa perang dinamakan sebagai , “Battle of Ugeumchi” sekitar tahun 1894 yang tercetus akibat pemberontakan oleh kumpulan rakyat kelas bawahan Dong Hak. Jo Jung Suk akan membawakan watak Baek Yi Kang, yakni merupakan anak luar nikah kepada wanita yang dianggap sebagai hamba kepada keluarga ayahnya manakala Yoon Shi Yoon pula sebagai adik kandungnya, Baek Yi Hun yang dijadikan sebagai pewaris tunggal kerana dilahirkan rahim ibunya, isteri rasmi keluarga bangsawan tersebut.

Han Ye Ri akan memainkan watak Song Jin, yakni merupakan anak tunggal kepada Song Bong Il, berketurunan Jeolla-do. Luarannya seperti tenang, tapi sebenarnya dia mampu menggertakkan musuh dengan hanya mengalihkan bom di tangannya tanpa sekelumit rasa gentar. Song Jin dikatakan akan tersepit di antara pertelingkahan Baek Yi Kang dan Baek Yi Hun.

Baek Yi Kang merupakan seorang yang agak misteri disebabkan perwatakannya yang dingin dengan mata yang tajam menikam, sehingga digelar ‘bomoh’ Jeolla-do Gobuja manakala Baek Yi Hun pula seorang agak lemah-lembut, memikili fizikal yang mengancam mata dan juga pandai bermadah hasil daripada belajar di Jepun. Kedua-duanya dijangka bertembung sewaktu pemberontakan Dong Hak ini disebabkan masing-masing memimpin kumpulan kelas bawahan dan bangsawan.

Nokdu Flower” akan bersiaran dirangkaian ONE HD Ch 393 mulai 27 April, setiap Sabtudan Ahad, jam 6.10 petang selepas berakhirnya drama “Hot Fiery Priest”.