“Buat kesayanganku..,” Lee Jong Suk

Hampir seminggu menjalani khidmat tentera, akhirnya Lee Jong Suk mengemaskini akaun Intagramnya dengan berkongsi rasa bersama peminat selepas drama “Romance Is A Bonus Book” berakhir semalam (17 Mac).

Rata-rata peminat sememangnya menunggu khabar berita aktor ini sementelah beliau memilih untuk memasuki kem tentera tanpa sebarang liputan dari media. Bahkan, beliau sendiri juga memilih untuk berdiam diri. 

Pada 17 Mac, dengan penulisan yang agak panjang dikongsi Lee Jong Suk, pastinya sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan para peminat. Antara kandungan penulisan beliau menerusi ruangan Instagram adalah seperti berikut:

Kepada peminat yang  saya sayangi

Terima kasih kerana menyukai dan menyokong Cha Eun Ho [karakter Lee Jong Suk dalam RIABB]. Saya fikir sudah sepuluh tahun saya bergelar pelakon sejak pertama kali kita bersua. Saya masih lagi menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang, namun saya merasakan saya pergi meninggalkan anda tanpa sebarang ucapan selamat tinggal. Walaupun terlambat, saya cuba untuk mencoretkan warkah ini untuk anda.

Ramai mengatakan ada banyak perkara istimewa dalam dunia ini biarpun seseorang itu tidaklah begitu istimewa dan saya adalah salah seorang darinya. Saya tidaklah seistimewa mana, tapi anda istimewa pada saya. Terima kasih tidak terhingga buat anda. Drama ini (Romance is a Bonus Book) adalah hadiah istimewa saya kepada anda. Jadi, untuk menjadikannya terbaik, saya telah bekerja keras memikirkan bagaimana perlu saya menghidupkan watak Cha Eun Ho dan bagaimana imej karakter akan dipersembahkan. Saya telah cuba dengan sebaik mungkin dengan menyesuaikan pelbagai penggayaan rambut dan outfit kerana saya ingin tunjukkan kepada anda semua sisi lain saya. Adakah anda semua suka dengan penampilan saya sebagai Eun Ho? Kini, drama itu telah pun berakhir. Saya agak sedih kerana saya tidak bisa untuk melakukannya dengan lebih baik.

Apa yang pasti, saya banyak belajar melalui karakter Cha Eun Ho. Saya belajar untuk lebih relaks dalam menghidupkan serta mempersembahkan karakter saya. Ada suatu ketika, saya kecewa dengan diri sendiri dek kerana bebanan tinggi untuk jadi yang terbaik hingga jadikan ia sukar dan buat saya lemah. Tetapi melalui drama ini, saya belajar bagaimana mendalami serta membawakan karakter dengan lebih baik. Saya juga mula melihat setiap perkara dengan cara yang berbeza dan itu membuatkan saya rasa lebih matang.

Saya seperti insan paling bertuah untuk menerima hadiah yang sangat bernilai ini dan dengan kata-kata ianya tidak cukup untuk menzahirkan perasaan saya. Sungguh, saya sangat rindukan anda dan akan terus merindui dalam tempoh ketiadaan saya ini. Masa alan berlalu pergi dan saya berjanji, saya pasti akan kembali. 

Seperti penulis skrip coretkan, saya adalah orang yang anda akan fikirkan setiap kali berhadapan dengan situasi yang sukar. Ibarat sebatang pokok, saya akan sentiasa ada bersama anda, dengan kekuatan akar pokok itu, saya akan terus pastikan anda tidak bersedih dan sentiasa ada dalam hati anda. Ranting dan daun-daunan yang sentiasa tumbuh bukti anda tidak pernah saya lupakan walau sesaat.  

Saya mengharapkan agar anda sentiasa dalam keadaan yang sihat. Dan, ketahuilah, I will always love you. 

View this post on Instagram

사랑하는 우리 팬들🙂 차은호를 사랑해주셔서, 응원해주셔서 감사합니다. 배우로서 여러분을 만난 지 벌써 10년 정도가 된 것 같아요. 저도 제가 없는 낯섦의 시간에 아직 적응하는 중이지만, 여러분에게 마지막 인사를 제대로 전하지 못한 게 딱 하나 걸려서 이렇게 조금 늦은 인사를 남겨요. 특별하지 않아서 특별한 것이 세상에 참 많다고 하는데 그 중에 하나가 저인 것 같아요. 여러분 덕분에 특별해지는 저라서.. 이 드라마가 여러분에게 뭔가 선물이었으면 했어요. 그래서 연기를 어떻게 해야 할까 좀 더 고민하게 되고, 최대한 많은 모습 보여주고 싶어서 헤어, 의상도 다양하게 시도해 보기도 했는데 어땠나요? 저는 지나고 보니 더 잘해내지 못한 것 같아 조금 아쉽기도 하네요. 그런데 분명한 건, 차은호를 만나면서 연기를 함에 있어 조금 더 힘을 빼는 법을 배웠고, 제가 가진 것들을 온전히 꺼내놓는 방법을 이제서야 알게 된 것 같아요. 단순히 잘하고 싶다는 갈망 때문에 어느 순간 어렵고 무거워져서 스스로에게 계속 실망만 하던 시간들이 있었어요. 헌데 이 드라마를 통해 캐릭터에 보다 부드럽게 녹아드는 방법을 깨닫게 됐어요. 그동안 알고 있던 건데도 많은 것들이 달리 보이고 느껴지며 한 걸음은 더 어른이 된 거 같아요. 제가 오히려 너무 커다란 선물을 받은 것 같아서 감사하다는 말로 다 표현이 안돼요. 많이 보고 싶고, 점점 더 그리워지겠지만 조금 늦은 걸음으로 여러분에게 돌아갈게요. 작가님이 쓰신 꼬리말처럼.. 힘든 날 떠오르는 이름이 될게요. 여러분 마음 안에서 뿌리를 박고 가지를 뻗어 다정히 잎을 피워서 도려낼 수 없는 나무 같은 사람. 건강하게 잘 지내길 바라요. 늘 사랑합니다.

A post shared by 이종석 (@jongsuk0206) on

“Romance Is A Bonus Book” adalah drama terakhir Lee Jong Suk sebelum beliau memasuki perkhidmatan tentera pada 8 Mac lepas. Beliau akan berkhidmat sebagai pekerja perkhidmatan awam dan dijangka tamat perkhidmatan pada Januari 2021.

Kami mengharapkan agar Lee Jong Suk sentiasa dalam keadaan sihat dan akan berkhidmat dengan penuh integriti. Kami menunggu kepulangan Lee Jong Suk yang lebih bertanggungjawab, manly dan matang.

Lee Jong Suk juga merupakan antara selebriti Korea yang berjaya mengekalkan trofi ‘KMania Top Stars’ untuk dua kali berturut-turut. Terbaru beliau menjuarai ‘KMania Top Stars’ bagi bulan Februari 2019.

Buat para peminat, teruskan menyokong Lee Jong Suk, dan mungkin anda boleh menonton semula drama-drama beliau seperti “Romance Is A Bonus Book”,Hymn Of Death”, “While You Were Sleeping” “Pinocchio”, “I Can Hear Your Voice” dan banyak lagi.

 

loading...