Jung Joon Young ditahan polis manakala Seungri terlepas hari ini kerana tak cukup bukti

Polis telah mendapat kebenaran untuk mengeluarkan surat waran tangkapan pada hari ini terhadap Jung Joon Young setelah beliau didapati telah merakam video seks dan berkongsi di dalam laman atas talian tanpa pengetahuan mangsa.

Tangkapan ini dibuat selepas menyoal-siasat Jung Joon Young selama 21 jam pada 14 Mac 2019 dan lima jam pada 17 Mac semalam. Disiasat di bawah Akta Khas Hukuman Terhadap Jenayah Seks Ganas, maka polis mengeluarkan waran tangkapan ini sebaliknya setelah berpuas hati bahawa Jung Joon Young telah melanggar undang-undang.

Sementara itu, Seungri terlepas hari ini kerana polis tak mempunyai bukti yang kredibel bagi menahan Seungri di atas kesalahan sebagai ‘bapa ayam’ berdasarkan kandungan ‘chatroom’ Kakaotalk milik Jung Joon Young saja. Hal ini kerana, menurut laporan media, mangsa yang dikenali sebagai A di dalam laman ‘chatroom’ di mana aktiviti perlacuran seks itu berlaku tidak mengaku bahawa dia ialah orang yang diiperkenalkan Seungri kepada pelanggannya pada 7 Disember, 2915 di kelab Arena. Walaubagaimanapun, polis sedang mendapatkan beberapa pengakuan saksi berhubung aktiviti dagangan seks dan judi haram dilakukan Seungri di luar negara. Seungri juga disyaki telah menggunakan kepentingannya sebagai pelabur dan ‘bapa ayam’ selain berjudi secara haram di Las Vegas.

Seungri dalam kenyataannya hari ini bercadang untuk melengahkan tarikh kemasukannya ke dalam latihan ketenteraan yang dijadualkan pada 25 Mac 2019 bagi membantu siasatan polis. Manakala, Choi Jong Hoon FT Island pula telah menjalani sesi soal siasat bersama polis kelmarin bagi mendapatkan bukti hubungannya dengan polis senior atas kesalahan menutup salah laku mereka.

Sumber: sedaily , news chosun , sport chosun

loading...