Edisi seberang : Artis Siam ini terdampar keseorangan sebagai gelandangan di tepi jalan

Baru-baru ini tular gambar seorang artis ternama Siam sekian lama dahulu, Tai Manusanant terdampar keseorangan sebagai gelandangan di tepi jalan.  Dia yang dilihat kurus kering, botak dan hanya berkemban cuba meraih simpati pejalan kali yang lalu lalang di hadapannya.

Menurut laporan daripada khaosod, Tai Manusanant kelihatan sebegitu kerana terlalu gian menghisap dadah sehingga menyebabkan keadaannya tak urus dan akhirnya menjadi gelandangan. Dalam video yang tular tersebut, Tai Manusanant memohon simpati orang ramai untuk memberikannya makanan untuk mengisi perutnya yang terlalu lapar. “Saya jadi begini kerana ibu ,” katanya.

Tai Manusanant turut berharap diberikan peluang semula untuk berkhidmat di industri hiburan semula.

Sumber:khaosod