Son Heung min rakam kehidupan hariannya untuk peminat bola sepak

Video yang dimuatnaikkan oleh saluran Shoot The Love di Youtube ini memaparkan kehidupan seharian Son Heung Min, pemain bola sepak untuk kelab Tottenham Hotspur di tanah air tercinta, Korea Selatan dari pagi hingga ke petang. Video yang berdurasi selama 5 minit 27 saat ini boleh ditonton beserta dengan sarikata Bahasa Inggeris.

Aktiviti harian Son bermula dari beliau bangun tidur di waktu pagi, menyediakan sarapan, membaca novel untuk mengisi masa lapang hingga ke aktiviti memanaskan badan agar fizikalnya sentiasa cergas. Buat pengetahuan anda, Son Heung Min juga merupakan rakan baik kepada pelakon korea yang popular, Ryu Jun Yeol. Ryu Jun Yeol biasanya akan meluangkan masa menyaksikan Son Heung Min beraksi di United Kingdom sekiranya tak terbabit dalam aktiviti perfileman mahupun lakonan drama.

Yang lebih menarik lagi, untuk satu video yang ditonton, jenama pencukur Gillette turut akan menderma 1KRW kepada Pertubuhan Kanser Kanak-Kanak.

Ayuh Korean Mania semua, jom tonton sambil menderma! Kami akan sentiasa menyokong Son Heung min! Fighting!

loading...