[Update] 8 drama Korea terbaru menghiasi tayangan sepanjang Mac ini

 

Annyeong Yorobun, Chinguyaa

Bulan Mac 2019 kembali meninggalkan bulan Februari. Seperti kebiasaan, kami tampilkan drama-drama terbaru yang akan menghiasi siaran sepanjang Mac ini.

Untuk bulan ini, terdapat lapan buah drama Korea terbaru yang akan dihidangkan kepada anda. Mungkin ada diantaranya sudah menjadi pilihan dihati. Jom, check it out 

1. Big Issues (SBS) 

“Big Issue” adalah cerita mengenai ketepatan fakta dan kebenaran sesuatu berita yang disampaikan media terutama golongan paparazzi. Drama ini juga akan fokus tentang kehidupan mereka yang bergelar paparazzi yang seingkali inginkan bahan yang hebat seperti skandal atau gambar sensasi untuk dituliskan setiap minggu bagi mendapat perhatian segenap masyarakat.

Kegilaan mereka bergelar paparazzi dalam mendapat sesuatu yang ‘panas’ tidak dijangka. Namun, dengan hanya beberapa keping gambar Han Seok-Joo (Joo Jin-Mo)  kehilangan segalanya termasuk pekerjaan dan keluarga.

Ji Soo-Hyun (Han Ye Seul) pula adalah ketua editor terkenal bagi kumpulan paparazzi. Beliau telah mengambil Han Seok Joo menjadi jurufoto paparazzi.

“Big Issue” akan menggantikan slot drama “The Last Empress” dirangkaian ONE HD Ch 393 setiap Khamis dan Jumaat jam 8.15 malam mulai 7 Mac ini. Drama ini akan disiarkan dalam tempoh 24 jam selepas tayangan di Korea.

2. Possession (OCN) 

“Possessed”sebuah komik thriller di mana ia menceritakan tentang jiwa jahat yang mengawal kehidupan seseorang manusia untuk melakukan kejahatan. Namun takdir telah menemukan seorang detektif yang mempunyai naluri isixth sense dengan seorang wanita yang mempunyai kuasa psikik, tetapi sanggup melakukan apa sahaja untuk menjalani kehidupan normal.

Go Jun Hee akan memainkan watak psikik Hong Seo Jung, yang dilahirkan dengan spritual yang kuat. Hidup dalam kesunyian, sering menjauhkan diri dari orang lain untuk menyembunyikan kuasa luar biasanya. Namun, bila diprovokasi, beliau seringkali mengeluarkan perkataan yang lucu. Namun, kuasa psikik yang disembunyikannya dapat dihidu oleh Kang Pil Sun lakonan Song Sae Byuk. Song Sae Byuk merupakan seorang detektif polis, tidak memiliki rupa yang menawan, suka bercakap kasar, hati tisu dan punya pemikiran yang mendalam. Keduanya memutuskan untuk bekerjasama dalam menyelesaikan kes-kes yang berlaku dengan menggabungkan kelebihan masing-masing.

Drama ini akan meghiasi slot drama Rabu-Khamis di OCN mulai 6 Mac jam 11.00 malam.

3. He Is Psychometric (tvN) 

tvN “That Psychometric Guy” berkisarkan tentang Lee Ann yang dilakonkan oleh Jinyoung (GOT7) yang mempunyai kemahiran membaca fikiran seseorang sebaik saja Lee Ann menyentuh tangannya. Disebabkan kebebalannya meskipun kelihatan kacak bergaya, Lee Ann menganggap kuasa dimilikinya itu dapat mengusir orang yang berniat jahat terhadap seseorang. Maka, apabila dia menemui Yoon Jae In (lakonan Shin Ye Eun) yang mengalami trauma sebelum ini, mereka cuba bekerjasama untuk menyelesaikan kes-kes di dalam pemerhatian mereka. Namun, ianya tak semudah seperti disangka.

tvN ‘That Psychometric Guy’ merupakan drama araha PD Kim Byung Soo (“tvN Hwayuki”,”tvN Bubblegum”,”tvN Nine Travel”) yang kreatif dalam seni kesutradaraan ditulis oleh penulis skrip maknae, Yang Jin A. Drama ini akan mula ditayangkan dirangkaian tvN pada 11 Mac, jam 9.30 malam (KST) setiap Isnin-Selasa. “Psychometric Guy” bakal menggantikan slot drama “The Clowned Crown”.

4. Blue Eyes / Kill It (OCN) 

Drama bertemakan melo-thriller ini menceritakan tentang seorang pembunuh professional yang mana nasibnya ditangan seorang detektif polis. Pembunuh tersebut terpaksa melakukan pembunuhan untuk bertahan dan mencari keluarganya. Manakala detektif polis tersebut perlu menangkap pembunuh untuk merungkai beberapa siri pembunuhan misteri.Adakah seorang pembunuh yang kini bergelar doktor haiwan dan seorang detektif yang mencari pembunuh misteri akan saling berkaitan? Drama “Kill It” atau “Blue Eyes” yang bertemakan aksi, kriminal dan thriller ini diarahkan oleh PD Nam Sung Woo yang sebelum ini menghasilkan 100 Days My Prince dan skripnya dihasilkan bersama oleh Sohn Hyun Soo dan Choi Myung Jin.

Jang Ki Yong akan membawakan watak Kim Soo Hyun, seorang doktor haiwan (veterinar) yang pernah menjadi seorang pembunuh profesional terbaik. Kehidupannya penuh rahsia sehinggakan tiada seorang pun tahun akan latar belakangnya. Beliau sangat mahir menggendalikan serta menggunakan senjata. Kim Soo Hyun juga sangat pantas dalam menyelesaikan tugasnya tanpa meninggalkan sebarang bukti. Sungguhpun tidak mengambil peduli akan hal disekelilingnya dan sentiasa janggal apabila beraksi dengan masyarakat, namun masih terselit perasaan rindu dan sayang dalam hatinya.

Do Hyun Jin (lakonan Nana) adalah seorang detektif dalam pasukan penyiasatan. Beliau sangat kompeten dan bekerja keras sehingga lulus dengan cemerlang dari akademi polis. sebagai yang paling cemerlang. Walaupun Hyun Jin kelihatan dingin dan tegas di luar, beliau sebenarnya seorang individu yang sangat bersimpati. Hyun Jin mempercayai nalurinya dan tidak takut bergantung kepada perkara-perkara di sekelilingnya untuk membuat keputusan. Beliau masih diselubungi trauma namun kehidupan perlu diteruskan.

“Blue Eyes atau “Kill It” akan mula bersiaran dirangkaian OCN bermula 16 Mac pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 22.20 (KST). Antara yang turut membintangi drama ini adalah Jang Ki Yong, Nana, Ji Il Joo, Lee Jae Won dan ramai lagi.

5. Doctor Prisoner (KBS) 

KBS Dr. Prisoner berkisarkan tentang seorang doktor bedah yang terpaksa meninggalkan hospital tempat kerjanya kerana tragedi yang tidak dapat dielakkan dan memohon untuk menjadi doktor di jabatan penjara. Pada masa yang sama, Nam Goong Min sebagai Na Yi Je, bekas doktor bedah unit Taekgang University Hospital Emergency Medical Center, merancang untuk membalas dendam terhadap ketidakadilan berlaku padanya sepanjang berkhidmat di hospital sebelum ini.

Kim Byung Chul pula akan melakonkan watak sebagai pengarah klinik di Jabatan Penjara Sunmyun, seorang yang mahir dalam perubatan dalaman (“Internal Medicine”) dan datangnya daripada keluarga yang berprestij tinggi manakala Nara pula akan menjadi pakar sakit jiwa (“Psychiatrist”) yang akan menghubungkan para doktor dengan pesakit yang terdiri daripada banduan-banduan penjara.

KBS Dr. Prisoner yang mendapat cetusan sutaradara Hwang In Hyuk (“KBS Laurel Tree Tailors”, “KBS Assembly”) dan penulis skrip Park Kye Ok (“SBS Biscuit Teacher and Star Candy”,”SBS Cain and Abel”). Drama ini akan menemui penonton mulai 21 Mac 2019 pada jam 9.00 malam menerusi rangkaian KBS Ch 391 atau 392 (HD) dan akan bersiaran setiap Khamis serta Jumaat.

6. Confession (tvN) 

‘Confession’ akan mengekplorasikan tema unilateralisme di mana seseorang tidak boleh dituduh berdasarkan pengakuan atau testimoninya saja, tetapi berdasarkan kesemua bukti-bukti yang sedia ada. Ia memfokuskan pada kejadian pembunuhan berlaku pada lima tahun lalu yang belum ada lagi titik noktah penyelesaiannya.  tvN ‘Confession’ akan menggunakan khidmat sutradara Kim Chul Kyu  (“tvN Mother”, “tvN Chicago Typewriter”).

Lee Jung Ho akan membawa watak ‘Choi Do Hyun’ seorang peguam mahu mencari kebenaran. Choi Do Hyun mengalami penyakit jantung yang tak boleh diubati melainkan dengan pembedahan transplan jantung dan selalunya berada di dalam hospital. Sebaik saja memulakan hidup dengan jantung baru, Choi Do Hyun terkejut apabila mendapati ayahnya dituduh sebagai pembunuh untuk kes dinamakan sebagai ‘Eumpyeong Construction Site’.

Choi Do Hyun terpaksa bekerjasama dengan Kwon Chun Ho (lakonan Yoo Jae Myung) untuk menjejaki dalang sebenar di sebalik kesalahan ditujukan pada ayahnya itu. Kwon Chun Ho ialah bekas ketua balai polis Eumpyeong yang terpaksa meletakkan jawatan dek kemarahan rakyat terhadap kelembapan pihak berkuasa menyelesaikan kes berkenaan secepat mungkin. Akibatnya, ayah Choi Do Hyun dijadikan ‘kambing hitam’ untuk menutup kes itu.

 

“Confession” akan menggantikan slot drama “Romance Is a Bonus Book” dan mula ditayangkan bermula 23 Mac, setiap Sabtu-Ahad pada jam 9.00 malam (KST) dirangkaian tvN.

Drama ini juga boleh ditonton menerusi K-Plus bermula dan akan disiarkan dalam tempoh 24 jam selepas tayangan di Korea. Waktu tayangan adalah seperti berikut:

Premiere: 24 March, Every Sunday & Monday, 9:15pm (my/ph) / 8:15pm (id)

Encore: Every Saturday (2 episodes back-to-back), 10:30pm (my/ph) / 9:30pm (id)

7. Dear Citizen / My Fellow Citizens (KBS) 

“My Fellow” Citizens atau “Dear Citizen” adalah bertemakan kriminal komedi, mengisahkan seorang penipu yang mana ditakdirkan berkahwin dengan pegawai polis. Beliau akhirnya bertanding untuk kerusi parlimen. Skrip drama ini ditulis oleh Han Jung Hoon (Vampire Prosecutor, Bad Guys dan Squad 38) dan diarahkan oleh Kim Jung Hyun (Jugglers).

Choi Si Won membawakan watak penipu teragung, Yang Jung Gook yang dipelajari daripada bapanya sendiri dan tidak pernah ditangkap oleh pihak polis. Jung Gook terlibat dengan ceti haram untuk meminjam duit bagi mengahwini kekasih hatinya. Namun, beliau sebenarnya telah ditipu hidup-hidup oleh bekas teman wanitanya yang membawa lari duit digunakan untuk majlis perkahwinan mereka. Hidupnya mula berubah apabila beliau ditakdirkan berkahwin dengan anggota polis dan akhirnya menjadi ahli parlimen.

Lee Mi Young dilakonkan oleh Lee Yoo Young, merupakan seorang polis tapi menyembunyikan identitinya di hadapan Yang Jung Gook sehinggalah saat-saat hari perkahwinan mereka. Lee Mi Young terpaksa berbuat demikian kerana kecewa dengan bekas teman lelakinya yang meninggalkannya atas sebab dirinya bekerja sebagai polis. Sebaik saja Lee Mi Young memberitahu identitinya sebenar kepada Yang Jung Gook, YangJung Gook seolah-olah seperti tak boleh menerima hakikat tersebut dan mahu meninggalkannya. Dapatkah cinta mereka bertaut semula?

Watak Park Hoo Ja pula dilakonkan oleh Kim Min Jung, yakni anak kepada ceti haram terkemuka, Park Sang Pil. Park Hoo Ja mencari orang yang berjaya menipu ayahnya sehingga membuatkan ayahnya tersungkur. beliau berjaya menemui Yang Jung Gook tapi tidak membalas dendam namun meminta Jung Gook bertanding untuk kerusi parlimen.

 

Drama ini akan mula disiarkan dirangkaian KBS bermula 25 Mac 2019, pada jam 9.00 malam (KST) setiap Isnin dan Selasa.

Bagaimanapun “My Fellow Citizens” akan disiarkan di KBS World Ch 391 dan 392 HD mulai 2 April depan pada jam 9.10 malam setiap Selasa dan Rabu. 

8. Laughter in Waikiki 2 / Welcome to Waikiki 2

“Laughter in Waikiki 2” atau “Welcome to Waikiki 2” adalah sekuel daripada “Welcome to Waikiki” yang disiarkan pada 2018. Untuk sekuel terbaru ini, hanya Lee Yi Kyung sahaja pelakon asal yang terus menerajui drama ini. Drama ini bertemakan percintaan, persahabatan dan impian anak muda.

Lee Joon Ki (lakonan Lee Yi Kyung) adalah seorang pelakon yang tidak terkenal dan beliau mengendalikan rumah tetamu yang dinamakan Waikiki. Namun begitu, keadaan kewangan yang tidak begitu baik menyebabkan rumah tamu Waikiki berhadapan dengan masalah muflis.  Untuk memulihkan keadaan, Lee Joon Ki mengheret dua orang kawannya Cha Woo Sik (lakonan Kim Su Ho) dan Kook Ki Bong (lakonan Shin Hyun Soo) untuk melabur dalam rumah tamu Waikiki. Kedua orang kawannya merupakan rakan ketika di sekolah menengah.

Cha Woo Sik seorang yang agak cerewet. Beliau mahu bergelar penyanyi. Namun, disebabkan Lee Joon Ki, beliau melaburkan kesemua wangnya ke dalam Waikiki untuk memulihkan keadaannya. Kook Ki Bong pula seorang pemain besbol yang handal, tetapi kini beliu hanya bermain untuk liga-liga kecil sahaja. Seperti Cha Woo Sik, Kook Ki Bong juga meletakkan kesemua wang yang ada untuk melabur dalam Waikiki. Turut membantu tiga lelaki ini adalah Han Soo Yeon (lakonan Mun Ka Young);cinta pertama setiap lelaki ketika disekolah menengah, Kim Jung Eun (lakonan Ahn So Hee); rakan sekuliah Lee Joon Ki yang sangat bertolak-ansur dalam banyak perkara dan Cha Yoo Ri (lakonan Kim Ye Won); kakak kepada Cha Woo Sik yang mengimpikan untuk menjadi seorang chef. Kesemua mereka akan menggembling tenaga untuk menghidupkan kembali Waikiki.

Drama ini diarahkan oleh PD Lee Chang Min(“Welcome to Waikiki”, “Man to Man”, “Birth of The Beauty”) dan skripnya ditulis bersama oleh Kim Ki Ho dan Song Ji Eun. “Welcome to Waikiki 2” akan ditayangkan mulai 25 Mac, setiap Isnin dan Selasa pada jam 9.30 malam (KST) dirangkaian JTBC.

9. The Banker (MBC)

MBC “The Banker” adalah sebuah adaptasi daripada manga Jepun berjudul ‘Nozaki Shuhei Auditor of Bank’. Drama ini berkisarkan seorang auditor bank yang baru dilantik terpaksa menerima tekanan kuat daripada pihak atasan untuk menutup penyelewengan berlaku di dalam bank tersebut setelah mengambil pendirian untuk berbuat sesuatu.

No Dae Ho yang awalnya merupakan seorang Manager di cawangan Bank Daehan yang terletak di sebuah bandar kecil. Namun, tiba-tiba beliau telah dilantik menjadi seorang auditor di HQ Bank Daehan yng terletak di Seoul sedangkan bank tersebut telahpun disenarai antara bank yang akan menutup operasinya. Ketika menjalankan tugas ditempat yang baru, beliau seringkali mendapat tentangan ramai kerana beliau berusaha keras untuk menangani konflik penyelewengan yang seringkali berlaku di situ.

Kim Sang Joong sebagai No Dae Ho akan membawa watak sebagai auditor bank tersebut (dalam siri asal dilakonkan oleh Yuji Oda) sambil dibantu oleh pekerja-pekerja bank muda yang sealiran kepala dengannya, yakni dilakonkan oleh Ahn Woo Yeon , Shin Do Yeon  dan Cha In Ha

Cha Si Ra sebagai Han Soo Ji dan Yoo Dong Geun  sebagai Kam Sam Domasing-masing akan memegang watak yang pernah dibawakan oleh Nanako Matsushima dan Ikko Furuya, yakni CEO bank serta konco-konconya. Kedua-dua mereka cuba menghalang segala tindakan dilakukan oleh auditor bank tersebut yang akan mendedahkan salah laku pengurusan bank.

Drama ini menyaksikan semula pertemuan Kim Sang Joong dan Chi Sae Ra setelah bergandingan dalam drama MBC ‘Illusian’ 22 tahun yang lalu.

MBC The Banker yang akan mendapatkan khidmat pengarah MBC My Daughter, Geum Sa-Wol dan akan ditayangkan pada 28 Mac 2019 menerusi Oh!K Ch 394, setiap Khamis-Jumaat mulai jam 7.50 petang. Drama ini akan bersiaran dalam tempoh 24 jam selepas tayangan di Korea.

Selamat menonton semua.