Catat permulaan luar biasa, drama “Hot Blooded Priest” bukan biasa-biasa

Drama SBS “Hot Blooded Priest” atau “The Fiery Priest” baru sahaja menyiarkan episode pertamanya malam tadi. Nampaknya kombinasi drama penulis skrip “Good Doctor”, dan “Chief Kim” bersama dengan pengarah  berpengalaman dari hasilnya, “Punch” dan SBS “Whisper” berjaya mencatatkan permulaan yang sangat luar biasa.

Berdasarkan Nielsen Korea, drama tersebut dilihat menikmati kejayaan tayangan perdana mereka. Tayangan pertama malam tadi (15 Feb) mencatatkan purata tontonan sebanyak 10.4 % pada masa pertama dan meningkat kepada 13.8 % pada masa kedua tayangannya.

 “Hot Blooded Priest” menjadi menjadi drama permulaan yang mengisi slot tayangan drama SBS iaitu Jumaat dan Sabtu. Terdahulu, slot ini dimiliki oleh rancangan variety yang begitu sinonim dengan SBS iaitu “Law of The Jungle” yang disiarkan setiap malam Sabtu. Nampaknya percaturan SBS dengan membuat perubahan waktu siaran tidak sia-sia apabila drama ini menikmati purata tontonan yang sangat mengagumkan.

Rancangan variety MBC “The More You Eat with Don Spike” mencatatkan purata tontonan sebanyak 2.1 %. Manakala rancangan KBS “Music Shuffle Show: The Hit” pula catatkan purata tontonan sebanyak 3.0 %. Kedua-dua rancangan tersebut berkongsi slot masa dengan drama “Hot Blooded Priest”

“Hot Blooded Priest” adalah sebuah drama unik misteri komedi atau kriminal komedi tentang seorang paderi yang panas baran dan detektif yang kurang cekap di mana keduanya akan bergabung tenaga bagi menyelesaikan kes pembunuhan seorang paderi tua. Drama ini dibintangi oleh Kim Nam Gil, Kim Sung Kyun, Honey Lee, Go Joon, Keum Sae Rok dan ramai lagi. Akan bersiaran setiap Jumaat dan Sabtu jam 10 malam dirangkaian SBS.

Jom tonton preview drama “Hot Blooded Priest”

Sumber : Naver

loading...