[Siri 14] Bagaimana untuk menjadi secantik persis Park Shin Hye ?

Drama Memories Of The Alhambra baru sahaja melabuhkan tirainya namun, kecantikan wajah Park Shin Hye masih kekal dalam memori penulis. Wajahnya yang bebas cela, mulus dan berseri, sentiasa cantik walau ada apa keadaan yang mencemaskan. Hari ni penulis mengulas mengenai rahsia kecantikan Park Shin Hye.

  1. Pencuci

Bagi Park Shin Hye, beliau amat mengutamakan kebersihan. Oleh itu, beliau akan mengambil masa yang lebih untuk memastikan wajah, badan dan rambut beliau telah dicuci dengan sempurna.

Rutin beliau bermula dengan mencuci rambut dengan syampu dan kemudiannya meletakkan perapi rambut. Beliau akan meninggalkan perapi rambut ini sehinggalah selesai mencuci badan dan wajah beliau. Menurut si cantik ini, beliau akan memilih sabun badan yang berasaskan minyak. Ini bertujuan untuk mengekalkan kelembapan asli kulit pada masa yang sama membersihkan dari segala debu dan kotoran. Selain syampu, Park Shin Hye juga akan membiarkan sabun di badan beliau sementara mencuci wajah.

Bagi menjaga kebersihan wajah pula, beliau memilih pencuci yang tidak begitu berminyak dan tidak menghasilkan buih yang tebal tetapi masih berkesan untuk menghilangkan kotoran pada wajah. Setelah selesai membersihkan wajah, barulah beliau mencuci kesemuanya sekali gus. Beliau berpendapat, ini adalah satu trik untuk mengekalkan kulit dan rambut yang sihat. Begitu rumit rejim mandian Park Shin Hye ya.

  1. Solekan nipis pada musim panas

Perkara kedua penting untuk beliau adalah memastikan kulit beliau tidak mudah rosak dan berminyak di kala musim panas. Tapi pada masa yang sama, beliau tidak perlu risau sama ada solekan beliau boleh kekal untuk masa yang panjang. Oleh itu, beliau akan mengelak dari memakai foundation yang tebal ataupun apa jua yang akan membuatkan kulit beliau berminyak. Untuk itu, beliau lebih selesa dengan mengekalkan asas solekan yang senipis mungkin. Selain itu, beliau akan mengurangkan solekan mata dengan tidak memakai celak mata cukup sekadar menggunakan maskara. Untuk mengelak dari kelihatan pucat ataupun tidak bermaya, Park Shin Hye akan memberi tumpuan kepada pemakaian gincu untuk memberi seri kepada wajah beliau.

  1. Tips Kecantikan

Bagi beliau, tips kecantikan ataupun nasihat yang beliau terima dan kekalkan adalah apa yang penting adalah menjaga kulit berbanding meletakkan pelbagai lapisan warna solekan pada wajah. Walaupun solekan beliau kebanyakannya dilakukan oleh para profesional, mereka akan mengambil masa yang lama untuk melembapkan wajah beliau dan fokuskan kepada asas solekan untuk memperlihatkan kecantikan yang asli dan natural. Bagi Park Shin Hye, apa penting adalah kelembapan wajah dan warna-warna solekan yang minimal.

  1. Produk wajib

Sebagai seorang selebriti, tentu tidak dapat mengelak dari jadual dan tuntutan kerja yang memerlukan beliau ke sana sini. Bagi beliau, sama ada keluar ke luar negara atas alasan kerja ataupun hanya untuk berlibur, beliau amat mementingkan sunscreen. Ini adalah kerana, beliau memiliki kulit yang mudah gelap apabila terkena matahari. Selain itu, produk tersohor Mamonde, iaitu Rose Water Toner juga menjadi pilihan utama beliau untuk di bawa bersama. Park Shin Hye menjelaskan, sekiranya beliau tidak mempunyai facial mask, beliau akan menggantikannya dengan merendamkan kepingan kapas ke dalam toner ros ini, sebelum menyejukkannya di dalam peti sejuk. Ini adalah untuk meredakan ruam-ruam dan merah-merah pada kulit wajah beliau.

Selain itu, beliau juga akan membawa cushion untuk mendapatkan kulit wajah yang glowing dan Lip Tint untuk menceriakan wajah beliau. Gaya utama beliau adalah wajah polos dan fokusnya lebih kepada bibir dengan rona ceria.

  1. Produk Mamonde Pertama

Ramai yang mengetahui bahawa Park Shin Hye adalah duta jenama Mamonde, namun beliau akui menyukai barangan ini sebelum terpilih untuk menjadi duta lagi. Produk-produk kesukaan beliau adalah Rose Water Toner dan Rose Water Soothing Gel. Selain itu, beliau juga mendapati kulit beliau bersesuaian dengan Cover Powder Cushion. Beliau juga gemar menggunakan Moisture Ceramide Intense Cream pada musim sejuk dan Ceramide Light Cream pada musim panas.

  1. Bersukan

Seperti selebriti Korea lain, Park Shin Hye seorang yang gemar bersukan. Selain bowling, beliau turut berjinak dengan sukan-sukan lain. Beliau juga menggemari sukan extreme seperti surfing dan wakeboarding. Ketika meluangkan masa dengan kedua-dua ibu bapa beliau, mereka akan bermain golf bersama-sama. Beliau merupakan seorang yang akan menitikberatkan kemudahan bersukan ataupun gim serta kolam renang apabila meneliti tempat-tempat penginapan. Bagi beliau, berpeluh adalah salah satu cara untuk berehat dan menenangkan fikiran.

7. Bonus.

Sebagai bonus, tahukah anda bahawa Park Shin Hye ini seorang yang suka mengumpul gincu. Warna gincu kegemaran adalah rona oren. Beliau menjelaskan, beliau suka membeli dalam pelbagai warna dan tekstur. Bahkan mengakui beliau memiliki gincu dalam kuantiti yang sangat banyak sehinggakan mempunyai sebuah kotak yang hanya mengandungi gincu sahaja. Bagi Park Shin Hye, beliau merasakan mengumpul pelbagai jenis dan warna gincu dan bereksperimen dengan bibir anda adalah suatu perkara yang menyeronokkan.

Sumber: Herworld

 

loading...