Selama 10 tahun tak beraksi dalam drama korea, Lee Jung Jae akan kembali semula ?

Siapa tak kenal pelakon yang pernah membawa watak ‘maharaja’ syurga di dalam filem Along With The Gods, yakni Lee Jung Jae! Pelakon filem korea digelar kerana ketampanannya itu, sedang berkira-kira untuk kembali beraksi ke dalam layar emas.

Khabarnya, Lee Jung Jae sedang menimbang tawaran untuk melakonkan watak utama bagi drama berjudul  ‘Aide’ atau ‘Assistant’ yang bakal diarahkan oleh PD Kwak Jung Hwan (“tvN The K2″,”jtbc Miss Hammurabi”) dan mendapat khidmat Lee Dae Il (“OCN Life on Mars”) sebagai penulis skripnya. Pihak produksi dikatakan sedang berunding dengan Lee Jung Jae dalam beberapa minggu yang lalu sementara beliau sedang menunggu tawaran kerja untuk filem terbaru. Tiada info lanjut lagi tentang sinopsis drama ‘Aide’ di bawah pengetahuan pihak media.

Jika Lee Jung Jae menerimanya, maka ia merupakan kemunculan semula beliau ke dalam arena drama korea selepas sepuluh tahun sejak drama sukan MBC Triple. Antara drama lakonannya yang popular termasuklah MBC Air City bersama Choi Ji Woo sebagai agen perisik.

Sumber: tvdaily , xsportnews

loading...