“Tak..Mereka berjumpa atas dasar berkawan” – agensi Hyun Bin

Rentetan daripada pendedahan gambar skandal mereka berdua di sebuah pusat beli-belah bertempat di Amerika Syarikat pagi tadi, Hyun Bin melalui agensinya mengeluarkan kenyataan menafikan bawah mereka sedang bercinta.

“Mereka bukan pasangan sedang bercinta seperti diwar-warkan oleh netizen dan pihak media. Mereka selalu berjumpa di Amerika Syarikat atas dasar berkawan kerana teman-teman sekerja mereka pun tinggal berdekatan situ. Hyun Bin pun menetap di sana bersama keluarganya.”

“Berkenaan gambar mereka yang tertular di pusat beli belah, mereka pergi dengan teman sekerja. Tapi hanya gambar mereka berdua saja yang tertular, ” kata agensinya lagi.

“Tidak..tidak.. itu salah faham. Mereka berjumpa secara professional kerana masing-masing sedang giat mempromosikan filem ‘Negotiation’ di sana , ” kata agensi Son Ye Jin yang menyokong kenyataan dikeluarkan oleh agensi Hyun Bin.

Terdahulu, Hyun Bin dan Son Ye Jin telah terlibat dalam khabar angin yang menyatakan keduanya dilamun cinta pada 9 Januari lepas tetapi telah dinafikan oleh kedua-dua agensi pelakon terbabit. Son Ye Jin merupakan calon Best Actress menerusi drama “Pretty Noona Who Buys Me Food” di Anugerah Carikdrama Ke-7 yang akan diadakan di KTO, Malaysia. Untuk mengundi sila klik SINI.

Sumber: news chosun

loading...