Fesyen sarung ‘kelambu’ Han Cho Im undang kecaman netizen

Han Cho Im, selebriti korea yang dikenali menerusi program realiti tv Mnet, Love Catcher telah mengundang kecaman netizen apabila sengaja mengenakan fesyen separa ‘bogel’ sewaktu menghadiri majlis Seoul Music Awards yang berlangsung semalam.

Han Cho Im yang seolah-olah memakai ‘suit’ renang dengan bersarungkan kain kelambu telah menjadikan fesyen karpet merah nya itu paling tular di laman sosial sejak semalam. Beberapa netizen mengecam tindakan yang disifatkan agak provokatif dan melanggar batas-batas ketimuran. Mereka  juga menyelar tindakan itu sebagai satu yang ‘murah’ bagi seseorang selebriti kpop yang menjadi ikutan buat netizen.

Han Cho Im merupakan ahli kumpulan kpop, Camila yang baru saja ‘debut’ pada bulan Ogos, 2018. Antara single mereka popular ialah Red Lips.

Sumber: SBSfune

loading...