(G) – IDLE cetus kemarahan umat Islam kerana menari seksi di hadapan ‘masjid’

Pada 5 Januari 2019, kumpulan wanita kpop (G)-idle mendapat kecaman yang hebat apabila menggunakan gambar masjid sebagai latar belakang persembahan lagu ketika mereka membawakan lagu Dollar dan Latata ketika di Golden Disc Awards berlangsung kelmarin. Masjid umumnya merupakan tempat ibadah umat Islam.

Masjid yang menjadi latar belakang tersebut dikhabarkan adalah masjid Syeikh Zayed di UAE. Akibatnya, ia telah menimbulkan perdebatan yang hangat dalam kalangan peminat mereka yang beragama Islam seterusnya menyebabkan sebilangan daripada mereka berasa kurang selesa lagi-lagi perbuatan tersebut dianggap sesuatu yang biadap, kurang sopan serta menyentuh sensitiviti agama.

Maka dengan itu, satu ‘hashtag’ (#cubeapologize) digunakan oleh para peminat dan ‘netizen’ untuk mendapatkan perhatian daripada agensi yang menaungi ‘girls group’ tersebut, iaitu Cube Entertainment agar agensi tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka.

Apa-apa pun, penulis mengharapkan yang terbaik buat (G)-idle dan berharap isu ini akan menjadi satu pengajaran yang akan mereka ambil berat ketika membuat persembahan pada masa hadapan.

loading...