Eric Nam serbu rumah pengantin Melayu tanpa diundang ?

Eric Nam membuat kejutan apabila bertindak menyerbu rumah pengantin pasangan Melayu di Malaysia pada lewat petang tadi. Beberapa gambar turut dimuatnaik oleh pengunjung majlis perkahwinan itu di laman sosial instagram milik mereka sebentar tadi sehingga ada antaranya begitu teruja dengan kehadiran penyanyi kelahiran Kanada itu.

Beliau turut sempat mengambil gambar bersama pengantin sambil melemparkan senyumannya tanda terima kasih atas perlawaan ke dalam majlis perkahwinan tersebut. Tidak dipastikan tujuan Eric Nam Ke Malaysia tetapi beliau ada memaklumkan secara ringkas bahawa beliau sedang menjalani penggambaran program realiti tv. Pada esok harinya, Eric Nam ada membuat temujanji dengan pihak Viu Singapura.

Dikemaskini – Eric Nam sebenarnya datang menyerbu majlis tersebut di atas undangan pengantin sendiri bagi menunaikan misinya mencari perkahwinan.

Sumber: Instagram Eric Nam

loading...