‘Saka’ belaan Jung Kyung Ho tuntut rohnya di dalam tvN The Devil Is Calling Your Name

Jung Kyung Ho sudah pun mengesahkan projek drama terbaru dengan cenel tvN berjudul When the Devil Calls Your Name, dan dijangka digandingkan bersama dengan aktress Lee El yang masih mempertimbangkan tawaran lakonan tersebut. Lee El baru saja selesai membintangi drama KBS Matrimonial Chaos / Best Divorce bulan lepas.

Jung Kyung Ho akan melakonkan watak seorang lelaki yang telah membela ‘saka’ untuk mengaut kekayaan dan kemegahan diri.  Dia telah menjual rohnya kepada ‘saka’ tersebut pada sepuluh tahun lalu. Apabila tiba masa untuk rohnya dituntut ‘saka’ itu kembali, dia cuba melengah-lengahkannya dan minta diperpanjangkan kontrak antara mereka.

Dalam drama ini, Jung Kyung Ho akan menjadi penggubah lagu yang agak terkenal di mana semua ‘royalti’ hampir menjadi miliknya. Sebagai melengah-lengahkan kontrak antara mereka, dia terpaksa memenuhi tuntutan ‘saka’ itu untuk mencari tiga lagi orang yang berjanji untuk menjual roh mereka kepada saka berkenaan. Mampukah dia membuang ‘saka’ itu daripada hidupnya?

Menurut Jung Kyung Ho dalam temuduganya bersama Allure, projeknya bersama pengarah drama tvN Circle ini adalah sesuatu yang ditunggu-tunggunya sekian lama.

“Setelah memerhatikan hasil kerja pengarah Min Jin Ki, saya dapati tugasan ini suatu amanah. Sinopsis tersangat mampan dan perlukan persediaan yang rapi. Saya tak tau apa perlu dibuat lagi.”

“Nampaknya, saya perlu bersedia menjadi penggubah lagu popular seperti dalam ‘Bohemian Rhapsody’ ,” katanya yang sudah menonton filem itu 3 kali.

tvN When the Devil Calls Your Name akan bermula penggambaran pada akhir Februari depan setelah pemilihan pelakon ditetapkan.

Sumber: IS Plus, sport chosun , beffreport

loading...