Han Ji Min direbut jejaka kacak Nam Joo Hyuk & Son Ho Joon di dalam jtbc “Dazzling”

Setelah mempertimbangkan drama ini sejak dua bulan lepas, akhirnya ketiga-tiganya : Han Ji Min, Nam Joo Hyuk dan Son Ho Joon telah bersetuju untuk membintangi drama terbaru jtbc “Dazzling” yang turut menggandingkan Kim Hye Ja, pemenang Best Supporting Actress 4th CARI Kdrama Awards menerusi drama KBS Unkind Ladies sebelum ini.

Drama ini yang digarap oleh penulis skripnya dengan ingatan pelakon Kim Hye Ja sebagai pelantun utamanya, akan dibawa wataknya secara bergilir-gilir oleh Han Ji Min dan pelakon veteran, Kim Hye Ja itu juga. Kim Hye Ja yang berusia 26 tahun, berazam untuk menjadi juruhebah tv yang berjaya. Pada suatu hari, dirinya bertukar kepada seorang wanita tua yang mampu memindahkan masanya kepada orang lain dengan harapan dapat menjadi muda semula. Kim Hye Ja dikatakan meminjamkan masa itu kepada Lee Joon Ha, yang bakal dilakonkan oleh Nam Joo Hyuk, berdikit-dikit untuk memulihkan dirinya kepada yang asal.

Lee Joon Ha yang berusia 25 tahun, mahu menjadi wartawan tetapi  tak kesampaian kerana dia tidak bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Pertemuannya dengan Kim Hye Ja mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik akibat masa dipinjamkan padanya.  Manakala, Son Jo Hoon pula akan memegang watak mungkin sebagai abang kepada Kim Hye Ja, seorang yang tak kisah dengan perubahan berlaku pada Kim Hye Ja dan juga tak dapat dijangka pemikirannya.

Son Jo Hoon sedang membintangi drama MBC Terius Behind Me manakala Han Ji Min baru saja selesai membintangi drama tvN Familiar Wife. jtbc ‘Dazzling’ akan mendapat sentuhan sutradara Kim Seok Yeon yakni pengarah jtbc Listen To Love , atau dikenali sebagai jtbc Wife’s Having an Affair this Week dan akan disiarkan pada awal tahun hadapan.

Sumber: OSEN

loading...