Isu Lee Jong Suk di Jakarta, ini kenyataan balas dari agensi pengurusan acara

Agensi pengurusan acara ‘Lee Jong Suk Crank Up Fan Meeting in Jakarta’,Yumetomo telah memberikan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

Pada 6 November, Yumetomo, syarikat yang menguruskan perjumpaan peminat Lee Jong Suk di Jakarta, telah memuat naik kenyataan rasmi menerusi Instagram mereka. Agensi terbabit mengesahkan bahawa Lee Jong Suk dan kakitangannya  telah ditahan di lapangan terbang Jakarta. Mereka menuntut penjelasan daripada promoter tempatan, dan turut menambah bahawa mereka akan bertanggungjawab sepenuhnya  terhadap kejadian itu. Mereka juga memohon maaf kepada Lee Jong Suk, agensinya; A-Man Project dan para peminatnya.

Lee Jong Suk sebelum ini berkongsi dengan para peminatnya bahawa beliau dan kakitangannya telah ditahan di Jakarta  serta pasport mereka telah dirampas selepas majlis pertemuan dengan peminat. Agensi pelakon terbabit; A-Man telah mengeluarkan kenyataan bahawa penahanan mereka adalah disebabkan oleh seorang promoter tempatan telah gagal melaporkan keuntungan sebenar (majlis pertemuan peminat) kepada pihak berkuasa cukai tempatan. Agensinya kemudian membuat kenyataan rasmi bahawa mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap promoter serta agensi pengurusan acara.

Baca kenyataan penuh di bawah:

“Hello, ini Yumetomo. Kami terlebih dahulu ingin memohon maaf kerana telah membuat mencetuskan kebimbangan semua pihak mengenai situasi di mana Lee Jong Suk dan kakitangannya ditahan di Jakarta.

“Oleh kerana pengendalian perniagaan yang tidak berpengalaman di cawangan YES24 Indonesia, pasport Lee Jong Suk dan kakitangannya telah dirampas. Oleh sebab itu, mereka tidak dapat menaiki pesawat pada waktu yang ditetapkan, dan kembali ke Korea sehari lewat daripada yang dirancang.

“Sebagai agensi (yang menguruskan majlis pertemuan peminat), kami akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara ini yang menimpa artis dan kakitangannya yang telah memberikan keperjacayaan untuk bekerjasama dengan kami. Disebabkan oleh kejadian yang tidak terjangka ini, kami Yumetomo dan Cre8tive Lab menuntut penjelasan segera dari YES24 mengenai insiden ini. Kami juga akan mengambil tindakan susulan berkaitan perkara ini.

“Kepada Lee Jong Suk dan A-Man, Project yang mungkin melalui detik cemas untuk masa yang lama dalam keadaan di mana mereka tidak tahu apa yang akan berlaku, kami sekali lagi ingin memohon maaf. Kami juga ingin memohon maaf kepada peminat Lee Jong Suk yang amat bimbang akan keadaan beliau. “

https://www.instagram.com/p/Bp0zx2Pgaf4/?utm_source=ig_embed

Sumber :  Naver| TVReport