T.O.P terima kecaman teruk daripada bekas kekasih

Rakan sekumpulan T.O.P (Choi Seung-hyun) yang lain iaitu G-Dragon (Kwon Ji-yong), Taeyang (Dong Young-bae), dan Daesung (Kang Dae-sung) menjalani latihan ketenteraan dengan jayanya dan berada dalam kondisi yang memuaskan. Hal ini dapat dibuktikan dengan beberapa gambar mereka yang dimuatnaikkan di laman sosial. Namun, T.O.P yang baru je memunculkan diri di Instagram selepas menyambung semula latihan ketenteraannya pada 26 Januari 2018, terus-menerus menerima serangan dari bekas kekasihnya, Han Seo Hee. Pada 31 Oktober lalu, T.O.P memuat naik satu keratan ringkas di laman Instagram beliau, yang mana juga merupakan posting pertama beliau dalam setahun .

Walaupun begitu, beberapa jam kemudian, bekas kekasih beliau turut memuat naik gambar di laman instagramnya berseta kapsyen yang dikatakan ditujukan khas untuk T.O.P.

https://www.instagram.com/p/BpllajWFQj-/

Han Seo Hee kemudiannya meletakkan gambar di bangunan YG dengan kata-kata berunsur kemarahan. Walaupun tidak menulis nama T.O.P tapi rata-rata mengatakan ia memang di tujukan kepada T.O.P.

Sinopsis kapsyen Han Seo Hee ;

” Jangan pernah berfikir untuk keluar selepas awak beritahu saya menerima wang dari awak dan pelbagai perkara buruk lain. Sudahlah bercakap mengenai saya. Hanya bercakap selepas awak benar-benar memberi saya wang.

Selama ini, awak hanya mendiamkan diri jadi saya pun berdiam diri. Sekarang awak berani memunculkan diri macam tiada apa yang terjadi.

Saya tahu banyak rahsia syarikat awak dan saya masih merahsiakannya dari wartawan. Awak juga tahu mengapa saya boleh berada di situ (bangunan YG – gambar yang dimuat naiknya) pada hari tersebut kan?

Tolong berperangai seperti umur awak. Jangan berpura-pura sebagai seorang artis. Awak hanyalah pakcik. ”

Marah betul Han Seo Hee ini..

https://www.instagram.com/p/BpmVyt6nhF_/?hl=en&taken-by=hxxsxxhee

 

loading...