11 drama Korea ini akan bersiaran sepanjang November 2018

Annyeong Yorobun,

Sekejapan sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun baru. Berapa banyak drama yang telah anda tonton sehingga kini? Seperti biasa, ini dia senarai drama-drama yang akan disiarkan sepanjang November ini untuk anda pilih. Jom, kita tengok drama-drama yang akan anda tonton.

1.  I Picked Up a Star On the Road (Oksusu)

“I Picked Up a Star On the Road” adalah drama romantis komedi tentang Lee Yeon-seo, wanita yang janggal, yang menjumpai serta mengambil seorang bintang popular  bernama Kang Joon-hyeok di atas jalan pada satu hari.

Sung Hoon membawakan watak Kang Joon-hyeok, bintang paling popular yang mempunyai pesona sehinggakan semua orang terpaut padanya. Beliau dikenali sebagai ‘the man of Asia’ dan menjalani kehidupan yang mewah, tetapi dengan kejadian yang tidak dijangka terjadi di rumah Yeon-seo dan beliau mula berhadapan perkara-perkara yang tidak pernah dilaluinya. Kim Ga-eun memainkan watak Yeon-seo. Beliau adalah mereka yang menjalani kehidupan yang normal, namun hidupnya berubah apabila bertemu dengan bintang terkenal.

Drama ini akan disiarkan menerusi Oksusu iaitu sebuah medium  yang menyiarkan drama secara atas talian. Kini, dengan hanya memuat turun aplikasi Oksusu ini, anda boleh menonton program yang disiarkan.

Broadcast Date/Time: 1 November  2018 / Oksusu OriginalDramaX/MBN

Starring: Sung Hoon, Kim Ga Eun

 

2.  Gyeryong Fairy Tale / Mama Fairy and the Woodcutter (tvN)

“Mama Fairy and the Woodcutter”adalah sebuah drama adaptasi dari webtoon yang bergenrekan Comic Fantasy,  dan mengisahkan tentang pari-pari berusia 699 tahun bernama Sun Ok Nam (dimainkan oleh Moon Chae Won dan Go Doo Shim) dari Dinasti Goryeo dan Joseon. Sun Ok Nam bekerja sebagai seorang barista (orang yang menyediakan minuman kopi) di zaman moden dan bertemu Jung Yi Hyun (Yoon Hyun Min) dan Kim Geum (Seo Ji Hoon) yang berkemungkinan antara mereka adalah kelahiran semula suaminya yang telah meninggal. Jum Soon (lakonan Mina Gugudan), adalah anak perempuan Sun Ok Nam dan suaminya yang menyerupai harimau pada mulanya. Setelah menjalani latihan, beliau akhirnya berjaya menjadi seorang manusia.

Drama ini diarahkan oleh Kim Yoon Chul (My Name Is Kim Sam Soon, Woman of Dignity), dan ditulis oleh Yoo Kyung Sun. Moon Chae Woon,  pemenang Best Actress 1st CARIKdrama Awards ini kembali ke skrin tv selepas drama terakhir lakonannya bersama Lee Joon Gi menerusi drama tvN – Criminal Minds. 

Broadcast Date/Time: 5 November  2018 / 21:30 KST / Isnin – Selasa

Starring: Moon Chae Won, Go Doo Shim, Yoon Hyun Min, Seo Ji Hoon, Mina (Gugudan)

 

3.  God’s Quiz Season 5: Reboot (OCN)

Selepas empat musim bersiaran, siri God’s Quiz musim kelima atau God’s Quiz Season 5: Reboot kembali ke layar tv anda. Drama yang bertemakan forensik perubatan ini pertama kali disiarkan di OCN pada tahun 2010 dengan mengekalkan Ryu Deok Hwan sebagai teraju utama.

Sekuel ke-5 “God’s Quiz”  ini akan menceritakan kisah doktor Han Jin Woo, yang kembali selepas 4 tahun untuk mengetahui kebenaran di sebalik penyakit yang jarang ditemukan dan menyelesaikan misteri di sebalik jenayah yang berlaku.  Siri ini terkenal dengan plotnya yang sofiskated, pelakon yang hebat, dan sudut pandangan yang unik.

Broadcast Date/Time: tvN Asia (Ch 395) & Unifi Tv (CH 211) / 15 November 2018 / Drama Express – 24jam selepas ditayangkan di Korea/ 8:30 PM / Setiap Khamis dan Jumaat

Starring: Ryu Deok Hwan, Yoon Joo Hee, Park Hyo Joo,  Kim Ki Doo

 

4. Happy If You Died (KBS)

Drama “Happy If You Died” adalah sebuah drama adaptasi webtoon yang  pernah diterbitkan sekitar tahun 2015 hingga tahun 2016 dengan menggunakan tajuk sama. Drama yang bertemakan romantik komedi serta fantasi ini mengisahkan tentang Baek Jin Sang (lakonan Kang Ji Hwan),  seorang ketua pengarah syarikat  atau dikenali sebagai ‘evil boss’ dikalangan para pekerja dengan penolongnya yang terlalu berterus terang, Lee Roo Da(lakonan Baek Jin Hee), yang cuba mengubahnya untuk menjadi seorang yang lebih baik.

Baek Jin Sang tidak disukai oleh para pekerja kerana beliau begitu angkuh dan sentiasa ingin menang  dan betul dalam apa jua perkara. Lee Roo Da antara salah seorang dari mereka dan beliau pernah mengharapkan bosnya itu mati. Pada suatu hari, semasa menghantar bossnya balik sambil ditemani oleh lelaki pujaannya, Kang Joon Hoo (lakonan Gong Myung), yang juga pekerja syarikat tersebut, boss nya dilanggar lori trak. Tiba-tiba, Lee Roo Da bangkit daripada tidur dan kejadian mimpi tersebut betul-betul berlaku. Setiap kali bossnya terbunuh, Lee pasti bangkit daripada mimpinya. Kejadian ini berlaku berulang-ulang tetapi tetap dengan motif yang sama, yakni bossnya akan terbunuh dengan apa cara sekalipun. Jadi, Lee Roo Da berperanan untuk menghalang bosnya daripada mati. Mampukah Lee Roo Da menghalangnya? Apakah Baek Jin Sang akan terselamat dan berubah menjadi seorang boss yang baik?

Sebagai maklumat tambahan, siri webtoon ini sangat digemari ramai dan pernah memenangi “2015 Today’s Cartoon.” Pastinya akan ada dikalangan penonton yang akan membuat perbandingan antara karya webtoon dan drama. Oleh itu, drama ini akan dibintangi ramai pelakon bagi menghasilkan impak sebenar kehidupan ditempat kerja dan mereka akan mempamerkan pelbagai variasi watak dalam drama ini. Di samping itu, para pelakon akan mempamerkan gaya yang sama seperti di dalam webtoon dan watak-watak baru hanya muncul dalam versi drama di mana ia akan lebih memberikan keseronokan serta keunikkan kepada penonton.

Broadcast Date/TimeAstro KBS (Ch 391 & 392 HD) /8 November 2018 / 8.50 PM / Setiap Khamis & Jumaat

Starring: Kang Ji Hwan, Baek Jin Hee, Park Sol-Mi, Ryoo Hyoun-Kyoung, In Gyo-Jin, Gong Myung

5.  Top Star Yoo Baek (tvN)

“Top Star Yoo Baek” adalah sebuah drama yang bertemakan komedi romantik. Ia akan menceritakan kisah seorang selebriti  kelas A yang narsistik, Yoo Baek (lakonan Kim Ji Suk)  dibuang ke sebuah pulau selepas menimbulkan pelbagai masalah. Saat bergelut untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya yang baru, bibit-bibit cinta terjalin antara Yoo Baek dan  Oh Kang Soon (yang dimainkan oleh Jun So Min), seorang wanita biasa yang rajin serta tabah.

Lee Sang Yeob pula akan memainkan peranan Choi Ma Dol, yang digambarkan sebagai Kapten Jack Sparrow atau “Jack Sparrow of ships.” Choi Ma Dol adalah orang termuda yang menjadi seorang kapten. Beliau adalah watak yang optimistik, mesra, dan menghiburkan, tetapi juga tegas dan berkarisma.

Broadcast Date/Time: 16 November 2018 / 23:00 KST/ Setiap Jumaat

Starring: Lee Sang Yeob, Kim Ji Suk, Jeon So Min

 

6. Priest (OCN)

Kalau dilihatkan sekali imbas, drama ini seakan sama seperti drama “The Guest”, namun keduanya adalah berbeza. “Priest” mengisahkan tentang seorang doktor dan seorang ahli exorcist yang sama-sama bekerja di Hospital South Catholic untuk melindungi orang yang mereka cintai dan peristiwa-peristiwa ghaib yang berlaku. Yeon Woo Jin dan Park Yong Woo akan membintangi drama ini disamping Jung Yu Mi.

Oh Soo Min (lakonan Yeon Woo Jin) dan Moon Ki Sun (lakonan Park Yong Woo) adalah pasangan mentee-mentor untuk jangka masa yang lama. Oh Soo Min, yang juga dikenali dengan nama Katoliknya Michael, mengetuai persatuan  agama yang tidak rasmi 634 Regia dan merupakan seorang eksorsis yang melindungi prinsipnya. Moon Ki Sun, yang dikenali dengan nama Katoliknya Peter, adalah seorang exorcist yang cuba melindungi semua orang.

“Priest” diarahkan oleh Kim Jong Hyun (“Take Off 2,” “Superstar Mr. Gam”) dan skripnya ditulis oleh pendatang baru  Moon Man Se.

Broadcast Date/Time: 17 November  2018 / 22:20 KST / Slot drama hujung minggu (Sabtu & Ahad)

Starring: Yeo Woo Jin, Park Yong Woo, Jung Yu Mi

 

7.  Red Moon, Blue Sun / Children of Nobody  (MBC)

“Red Moon Blue Sun” mengisahkan kehidupan sempurna seorang wanita musnah dan bertukar dengan satu kemalangan yang terjadi dalam masa yang begitu singkat. Ia kemudian akan menjadi proses wanita berkenaan menghadapi pelbagai peristiwa dan berusaha mencari misteri kebenaran disebalik kemalangan yang berlaku.

Cha Woo-Kyung bekerja sebagai kaunselor di sebuah pusat kanak-kanak. Hidupnya sempurna dengan persekitaran tempat kerja yang memuaskan, suami yang prihatin dan berkebolehan dan anak perempuan yang manis. Dengan satu insiden, kehidupan Cha Woo Kyung berubah sepenuhnya. Saat Cha Woo Kyung cuba mencari kebenaran, dia bertemu dengan detektif Kang Ji Heon yang bertugas di unit keganasan jenayah. Detektif Kang Ji Heon akan membantu Cha Woo Kyung kerana pada beliau kebenaran haruslah didedahkan dan penjenayah harus dihukum.

Broadcast Date/Time: Astro Oh!K Ch 394 / 22 November 2018/ Drama Express – 24jam selepas ditayangkan di Korea / 7.50 PM / Khamis – Jumaat

Starring: Kim Sun Ah, Lee Yi Kyung, Nam Gyu Ri, N (ViXX)

8.  SKY Castle (JTBC)

Drama ini akan menceritakan kisah kehidupan empat wanita elit  yang punya populasi 0.01 % di Korea. Mereka adalah isteri kepada suami mereka yang merupakan dari golongan professional dan tinggal di sebuah tempat dikenali sebagai SKY Castle. Mereka mahukan suami mereka kelihatan seperti raja dan inginkan anak-anak dibesarkan seperi putera dan puteri raja.  ini mahu suami mereka menjadi seperti raja-raja dan ingin membesarkan anak-anak mereka sebagai putera dan puteri. Drama ini akan meneliti keinginan wanita-wanita ini dan menafikan realiti dengan cara yang lucu.

Broadcast Date/Time: 23 November  2018 / 23:00 KST /  Slot drama Jumaat – Sabtu

Starring: Yeom Jung A, Lee Tae Ran, Yoon Se Ah, Oh Na Ra

 

9.  Clean With Passion For Now (JTBC)

“Clean With Passion Now” adalah sebuah adaptasi dari webtoon yang popular dengan tajuk yang sama. Ia akan menceritakan percintaan di antara CEO syarikat pembersih Jang Sun Gyul yang handsome (lakonan Yoon Kyun Sang), yang menganggap kebersihan lebih penting daripada yang lain, dan si pencari kerja yang gigih Gil Oh Sol (lakonan Kim Yoo Jung).

Watak Song Jae Rim, Choi Gun ( Doctor Choi) tidak wujud dalam webtoon asal. Walaupun kelihatan seperti seseorang penganggur, dia sebenarnya memiliki fizikal dan gaya yang hebat. Choi Gun akan menjadi orang ketiga dalam percintaan antara Gil Oh Sol dan Jang Sun Gyul sekaligus mewujudkan cinta tiga segi.

Yoon Kyun Sang menggantikan tempat Ahn Hyo Seop yang menarik diri berikutan pertindihan jadual, manakala Kim Yoo Jung pula kembali meneruskan pengambaran drama setelah berehat akibat masalah kesihatan.

Broadcast Date/Time: 26 November 2018 /  21:30 KST / Setiap Isnin dan Selasa

Starring: Kim Yoo Jung, Yoon Kyun Sang, Song Jae Rim

10.  Encounter / Boyfriend (tvN)

“Boyfriend” atau “Encounter” yang bertemakan melodrama mengisahkan tentang seorang wanita yang mempunyai segala-galanya namun tidak dapat membuat keputusan sendiri dengan seorang lelaki biasa dari golongan sederhana yang bebas melakukan apa sahaja yang diinginkan. Drama ini akan fokus kepada persoalan samada seseorang itu sanggup melepaskan segala kemewahan dan pangkat untuk menjalani kehidupan yang normal demi sebuah percintaan.

Song Hye Kyo akan membawakan watak  Cha Soo Hyun, seorang anak kepada tokoh politik dan dipaksa berkahwin dengan anak seorang hartawan sebaik sahaja dia menamatkan pengajian dari kolej. Namun perkahwinannya berakhir dengan penceraian.

Park Bo Gum pula diberikan peranan Kim Jin Hyuk, seorang lelaki biasa yang minikmati hidupnya dengan gembira. Beliau bekerja secara sambilan sambil mencari pekerjaan yang tetap. Dengan wang simpanan hasil dari pekerjaan sambilannya, dia memulakan perjalanan ke luar negara yang  telahpun dirancang selama setahun dan bertemu dengan Chaa Soo Hyun. Keduanya akhirnya membibitkan perasaan cinta namun pelbagai rintangan akan diharungi mereka. Mampukah Cha Soo Hyun dan Kim Jin Hyuk bersatu? Pastikan anda menonton drama ini untuk ketahui selanjutnya.

Broadcast Date/Time: tvN Asia (Ch 395) & Unifi Tv (CH 211) / 29 November 2018 / Drama Express – 24jam selepas ditayangkan di Korea/ 9:45 PM / Setiap Khamis dan Jumaat

Starring: Park Bo Gum, Song Hye Kyo, Ko Chang-Seok, Shin Jung-Keun,  Moon Sung Geun , Nam Ki Ae, Shin Jung Geun,  Baek Ji Won

11. Bad Detective / Less Than Evil (MBC) – Remake BBC Series Luther

“Bad Detective” / “Less Than Evil” merupakan satu lagi drama remake dari siri drama kriminal/jenayah popular yang disiarkan di BBC One – “Luther”. Memasuki musim ke-5, Luther adalah drama kriminal serta penyiasatan mengenai permainan psikologi antara seorang detektif dengan penuh semangat keadilan tetapi sering dihantui oleh kes-kes jenayah yang diselesaikan dengan seorang wanita merangkap pembunuh misteri yang  genius dan psiko. Bagaimanapun, beliau tidak dapat menahan wanita terbabit ekorang tiada bukti yang kukuh.

Shin Ha Kyung akan membawakan watak Woo Tae Seok, berdasarkan watak Idris Elba dalam siri “Luther”. Woo Tae Seok Woo Tae-Seok adalah seorang detektif veteran yang berpengalaman dan masih lagi solo. Beliau memberi tumpuan sepenuhnya untuk menyelesaikan kes-kes jenayah besar yang diterimanya. Beliau kemudian bertemu dengan Eun Sun-Jae (lakonan Lee Seol) seorang pembunuh yang psiko dan genius. Woo Tae Seok bagaimanapun tidak dapat menangkapnya kerana kekurangan bukti yang kukuh. Akan tetapi, Eun Sun Jae membantu Woo Tae Seok dalam menyelesaikan kes-kes jenayah yang lain.

Broadcast Date/Time: Astro Oh!K (Ch394) selepas berakhirnya drama “Bad Papa” / 27 November  2018 / Drama Express – 24jam selepas ditayangkan di Korea / 7.50 PM / setiap Selasa dan Rabu

StarringShin Ha Kyun, Lee Seol, Park Ho San, Kim Geon Woo, Hong Eun Hee, Ryu Tae Ho, Baro (B1A4), Bae Da Bin, Yoon Hee Suk, Kim Na Yoon, Bae Yoo Ram, Yang Ki Won, Jo Yi Hyun, dan Bae Yoon Kyung.

 

Last but not least, kami di KMania dalam proses menganjurkan aktiviti tahunan kami iaitu CariKdrama Awards yang telah memasuki tahun yang ke-7. Undian awal telahpun dibuka sehingga 25 Disember depan dan anda boleh kemukan pencalonan anda di sini (>>KLIK SINI<<). DAN sekiranya anda berminat untuk kongsikan pandangan, kritikan dan sebagainya berkaitan drama-drama yang ditayangkan sepanjang tahun 2018 (yang telah habis ditonton), anda boleh hantarkan review anda di sini. (>>KLIK SINI<<) . Segala pandangan serta kritikan  anda melalui review yang dikongsikan, boleh dipertimbangkan bagi kategori terbaik untuk 7th CariKdrama Awards.

Jadi, jangan lupa hantar review drama dan undi favorite anda! Selamat menonton buat kaki drama Korea semua!

loading...