IZ*ONE campuran Korea Selatan-Jepun akan menemui peminat tak lama lagi

 

Kumpulan IZ*ONE ataupun di dalam bahasa Jepun di sebut sebagai Aizuwan, merupakan gabungan ahli-ahli yang berasal dari Korea Selatan dan dari negara Jepun. Buat pengetahuan anda, kumpulan Twice juga turut menghimpunkan idol-idol daripada kedua-dua negara tersebut. Terdiri daripada 12 orang gadis iaitu, Miyawaki Sakura, Joe Yu-ri, Choi Yeonna, Ahn Yu-jin, Yabuki Nako, Kwon Eun-bi, Kang Hye-Won , Honda Hitomi, Kim Chae-Won, Kim Min-joo, Jang Won-young dan Lee Chae-yeon, IZ*ONE dilahirkan menerusi rancangan Program Survival Mnet iaitu Produce 48.

Seperti dilaporkan, mereka telah membuat penampilan pertama mereka di jtbc “Idol Room” setelah menerima pengesahan penggambaran rancangan ini pada 17 Oktober semalam.  Sebilangan ahli-ahli IZ*ONE yang berasal dari Jepun begitu teruja untuk bertemu dua bintang Hallyu terkenal iaitu Jung Hyung Don dan Defconn. Saluran Vlive rasmi Idol Room turut membuat paparan siaran langsung di mana MC berinteraksi dengan ahli kumpulan IZ*One dengan membaca komen-komen dan permintaan dari peminat. Hasilnya, IZ*ONE berjanji akan bekerja dengan keras demi peminat mereka.

 

Apa yang hebatnya lagi, walaupun penuh dengan jadual penampilan, IZ*ONE berjaya menyiapkan video klip pertama mereka setelah selesai proses penggambaran hanya dalam masa dua hari sahaja. Pada masa yang sama, mereka telah memenuhi jemputan “Idol Room” dan turut menghadiri Minggu Fesyen Seoul 2018. Mini Debut Album mereka yang berjudul Color*IZ akan dilancarkan pada 29 Oktober. Penulis berkesempatan untuk mendengar beberapa buah lagu mereka di aplikasi Spotify.. fresh and catchy. Pasti video klip mereka penuh dengan kecomelan dan penuh aegyo guys…. Ayuh sama-sama kita tunggu ya…

P/S 12 orang.. wah pasti meriah pentas…

Sumber : OSEN ,Korea Daily

loading...