Ong Seung Woo sah menjadi pelajar sekolah untuk drama jtbc “Eighteen”

Ong Seung Woo, salah seorang ahli kumpulan kpop popular, Wanna One sedang menimbangkan tawaran drama terbaru jtbc berjudul “Eighteen” untuk watak remaja persekolahan. Desas-desus ini seperti mengiakan beberapa berita sebelum ini yang mengatakan ahli-ahli kumpulan Wanna One sedang mencari  projek terbaru selepas kontrak mereka bakal tamat sepenuhnya pada Januari 2019.

Walaubagaimanapun, agensi Wanna One, Fantagio menafikan bahawa Ong Seung Woo akan meninggalkan Wanna One dan ia hanya sekadar tawaran lakonan.

Ong Seung Woo yang lahir di Incheon, Korea ini merupakan salah seorang vokalis dan penari utama Wanna One , yang turut mahir dalam bermain gendang. Antara resume beliau selain bergiat aktif secara berkumpulan ialah menjadi pengacara (MC) untuk program tv MBC Music Core.

jtbc Eighteen dijangka menemui penonton sekitar musim panas tahun 2019.

Dikemaskinikan : Ong Seung Woo sah akan membintanginya bersama-sama dengan Kim Hyang Gi pada 17 Jan 2019. Watak dipegang oleh Ong Seung Woo ialah pelajar ‘transfer’ baru yang bakal membawa perubahan di sekolah tersebut.

Sumber: donga

loading...