Jo Bo Ah direbut dua jejaka tampan di dalam SBS Bok Soo’s Back

Kwak Do Yeon (kiri) , Jo Bo Ah (tengah) dan Yoo Seung Ho (kanan)

Kwak Do Yeon mengesahkan hari ini bahawa dia akan menyertai Yoo Seung Ho dan Jo Bo Ah di dalam drama terbaru SBS berjudul SBS Bok Soo’s Back atau nama lainnya, SBS Revenge is Back.

Kwak Do Yeon memegang watak sebagai  Oh Seo Ho, presiden Seong Song Go, yakni seorang yang kacak dan bersopan-santun tapi menjadi gila bayang apabila menemui cinta sejati sewaktu di persekolahan. Dia bergaduh dengan Kang Bok Soo yang bakal dilakonkan oleh Yoo Seung Ho demi berebutkan Son Soo Jung yang akan diterajui oleh Jo Bo Ah.

Kang Bok Soo merupakan seorang yang agak panas baran tetapi sangat setia pada cinta. Kerana mahu mempertahankan cinta pertamanya terhadap Son Soo Jung , dia membiarkan dirinya dituduh sebagai samseng sekolah kerana telah menyebabkan kecederaan kepada Oh Se Ho. Akibat daripada itu, Kang Bok Soo dihukum buang sekolah.

Setelah beberapa bulan kemudian, Kang Bok Soo kembali ke sekolah itu semula dengan harapan untuk membalas dendam terhadap kedua-duanya dan menegakkan balik ketidakadilan yang berlaku pada dirinya sebelum ini. Tetapi, dengan tak semena-mena , Kang Bok Soo sekali lagi berhadapan dengan sesuatu peristiwa yang tak dijangkakan yang akhirnya telah mengubah anggapannya terhadap Son Soo Jung. Apakah yang menyebabkan Kang Bok Soo berubah hati dan mencintai Son Soo Jung sekali lagi?

Ini ialah drama pertama Yoo Seung Ho selepas MBC I am Not Robot yang digandingkan bersama Chae So Bin dan juga merupakan drama pertama Jo Bo Ah sebagai peneraju utama drama bertemakan romantis. Kwak Do Yeon pula baru saja membintangi drama jtbc My ID is Gangnam Beauty bersama Cha Eun Woo dan Im Soo Hyang. Sebelum ini, Jo Bo Ah hanya memegang watak pembantu terutamanya di dalam SBS Temperature of Love, sebagai seorang gadis yang kurang matang yang mendambakan cinta. Pemilihan Jo Bo Ah mungkin bersesuaian Son Soo Jung yang tampak licik tetapi sebenarnya seorang yang naif dan mudah diolok-olokkan kerana cinta. Semestinya Yoo Seung Ho sebagai Kang Bok Soo akan mengingatkan anda kepada lakonan air matanya yang penuh dengan dendam di dalam SBS Remember. Manakala, Kwak Do Yeon pula akan menampilkan lakonan yang licik tapi tampak bijak sesuai dengan watak Oh Se Ho.

SBS Revenge is Back digarap oleh Kim Yoon Young , seorang penulis maknae dan bakal diarahkan oleh PD Ham Joo Ho yang dikenali dengan drama SBS Greasy Melo. Revenge is Back dijangka mendapat slot tayangan Isnin-Selasa mulai Februari 2019 depan selepas SBS Fox Bride Star selesai disiarkan. Turut sama membintangi drama ini ialah pelakon Yoo Seon Ho.

Sumber: sport chosun , OSEN , newsen1 , newsen2

loading...