Jom ber ‘selfie’ depan cermin & peluang menang percutian ke Korea serta bertemu dengan Jung Hae In!

Wahai cermin ajaib, siapakah yang paling cantik di dunia ini? Masihkah anda mengingati petikan dialog dari cerita Snow White ini? “Magic mirror, on the wall – who is the fairest one of all?” Apa kaitannya dengan tulisan kami, nah, baca selanjutnya di bawah.

Perhatian kepada anda yang meminati  kecantikan! Anda ingin menjadi sebahagian daripada rancangan kecantikan yang terkenal, di mana korang boleh dapatkan tips-tips rahsia kecantikan K-Beauty daripada selebriti serta pakar kecantikan terkenal Korea kegemaran anda? Dan, apakah anda akan gembira jika gambar selfie anda yang paling terbaik itu akan di bawa ke peringkat seterusnya?  Jika jawapan anda adalah YA, inilah peluang yang tidak boleh anda lepaskan! Melalui pertandingan Mirror Mirror Me Selfie, Samsung Malaysia Electronics memberikan anda peluang untuk menjadi “Better Girl” yang akan datang dan berpeluang untuk membintangi rancangan reality TV popular “Get it Beauty”.

Dengan hanya beberapa langkah mudah, anda berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada rancangan tealiti TV “Get It Beauty Better Girls School” dengan pelakon popular Korea Selatan, Jung Hae In! Kami pasti anda boleh lakukannya, bahkan ramai yang memuat naik gambar di depan cermin dilaman sosial masing-masing.

1) Ambil gambar ber’selfie’ depan cermin atau video dengan cara anda yang paling unik mengunakan mana-mana telefon pintar Samsung Galaxy.

2) Muat naik foto anda ke Instagram dengan kapsyen yang paling kreatif 

3) Anda perlu gunakan hashtag: #BetterGirlsMalaysia, #BetterYou, #WithGalaxy, #GalaxyFanWeeks, dan tag @SamsungMalaysia

4) Akhir sekali, dalam ‘posting’ yang sama, tag seorang rakan yang anda ingin kongsikan pengalaman bersama-sama 

Kesemua pemenang akan diumumkan melalui laman web rasmi Samsung dan media sosial berkaitan

Hadiah untuk 50 pemenang utama:  

  • Memenangi sepasang pass untuk menghadiri acara eksklusif di Kuala Lumpur
  • Nikmati pengalaman kecantikan sebenar K-Beauty dari segi solekan, dandanan rambut , penggayaan diri  sehinggalah bagaimana untuk menghasilkan gambar yang terbaik
  • Pelajari tips-tips bersolek (makeup) dari pakar kecantikan tempatan dan influencers
  • Sesi Meet and Greet dengan selebriti misteri yang popular dari Korea Selatan

Hadiah bagi tiga yang terbaik dari keseluruhan 50 pemenang:

  • Memenangi percutian percuma (dengan segala perbelanjaan ditanggung) ke Korea Selatan
  • Muncul dikaca TV untuk rancangan “Better Girl” on Get it Beauty with Jung Hae In
  • Menyertai serta menerima latihan kecantikan K-beauty selama 4 Hari (3 malam) dari beberapa selebriti terkenal Korea Selatan dan pakar kecantikan untuk rancangan berkenaan

Apa yang anda tunggu? 10,000 kit kecantikan (beauty kits) dari jenama kecantikan terkemuka akan diberikan kepada para peserta di seluruh negara, jadi pilih mana-mana telefon pintar Samsung Galaxy hari ini dan mulakan aktiviti selfie terbaik di depan cermin anda! (the best mirror selfie). Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada mereka menikmati kehidupan  glamor ini. Peraduan bermula pada 27 September, dan berakhir pada 21 Oktober 2018.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pertandingan Mirror Mirror Me Selfie Samsung, sila layari: www.samsung.com/my/offer/mobile/mirror-mirror-me/