(o_O) Misteri kehilangan Fan Bin Bing: Terpaksa meringkuk dalam penjara ?

“Hancurlah karier seni Fan Bin Bing kalau betul lah dia telah ditangkap dan meringkuk dalam penjara ,” kata salah satu portal media berpengkalan di luar China.

Begitulah nasib yang dikatakan berlaku pada selebriti kelahiran tanah besar China ini, Fan Bin Bing setelah mendiamkan diri selama 3 bulan tanpa berita. Kali terakhir, kemaskini dilakukan melalui akaun weibonya adalah pada 2 June 2018. Tambah mencurigakan lagi, pengakuan daripada pihak polis sana bahawa mereka sedang menyiasat kes seorang selebriti tempatan yang  tak dinamakan cuba mengelak diri dari membayar cukai, telah menguatkan dakwaan bahawa Fan Bin Bing ialah orang dimaksudkan tersebut.

Misteri kehilangannya selama 3 bulan cuba ditutup oleh pihak tertentu memandangkan beliau merupakan figura terunggul di China, malah sangat dikenali di seluruh pelusuk dunia.  Penangkapan dilakukan ke atasnya secara terang-terang akan menyebabkan pukulan besar pada pelaburan China dalam industri seni kerana pengaruh besar yang dibawa oleh pelakon tersebut, di samping mempunyai ramai peminat dalam kalangan rakyat China. Beliau pernah membintangi beberapa produksi Hollywood seperti X-men: Days of Future Past dan juga mungkin dikenali oleh rakyat Malaysia menerusi lakonan sebagai dayang Jinsuo di dalam  drama bersiri My Fair Princess.

Fan Bin Bing dilaporkan telah menipu lembaga cukai China dengan menyembunyikan bayaran diterimanya melalui salah satu daripada dua kontrak perfileman ditandatanganinya dengan pihak produser “Cell Phone 2”. Ekoran daripada itu, Fan Bin Bing dikatakan telah ditahan reman tanpa jaminan, akhirnya terpaksa meringkuk dalam penjara selepas pihak pendakwaan menyakinkan mahkamah untuk melakukan perbicaraan secara tertutup dan pihak pembelaan dikatakan mati kutu untuk mengeluarkan Fan Bin Bing daripada kamar besi tersebut.

Sumber: taiwannews , AsiaOne

loading...