‘Burning’ lakonan Yoo Ah In dipilih Korea untuk bertanding Oscar 2019

Filem Burning arahan Lee Chang Dong telah dipilih oleh Komuniti Perfileman Korea Selatan (KOFIC) untuk bertanding di dalam kategori Best Foreign Language pada edisi Oscar (Academy Awards) tahun 2019 mengatasi 1987, The Spy Gone North dan The Fortress.

Keputusan diambil setelah kejayaan filem berkenaan meraih penghargaan ‘FIPRESCI Prize’ di Festival Filem Cannes lepas oleh majlis pengkritik selain memperoleh Vulcan technical prize untuk seni sutradara.

Walaupun gagal meraih kutipan box office, filem Burning dikritik sebagai antara filem terbaik Lee Chang Dong selepas ‘Poetry’ dan ‘Secret Sunshine’ yang turut memungut anugerah di festival berkenaan sebelum ini terutamanya menerusi lakonan Jeon Do Yeon yang meraih Best Actress buat pertama kali.

Burning menceritakan tentang seorang lelaki (lakonan Yoo ah In) merasakan dirinya yang ‘inferior’ dan berasa cemburu apabila melihat wanita yang diharap-harapkan akan menjadi kekasihnya telah membawa pulang teman rapat yang dirasakan lebih baik daripada dirinya. Komen KOFIC dalam mengiakan penghantaran filem ini ke dalam Oscar, ” Nilai aestetik yang matang dan belum lagi diselongkar dalam kehidupan sosial masyarakat Korea secara amnya  telah dijadikan penanda aras untuk difahami oleh marhaen seluruh dunia. “

Jika disenarai pendek untuk top 5 nominasi, ini kali pertama Korea Selatan berjaya berbuat demikian sejak 1969. Nasib tak pernah menyebelahi mereka walaupun filem-filem keluaran Korea Selatan disebut-sebut antara terbaik sepanjang zaman. Contohnya, yang dilihat mempunyai peluang sangat cerah seperti Oldboy (2003) dan Handmaiden (2016) pula tidak dipilih oleh KOFIC untuk bertanding dalam Oscar, manakala filem dipilih sebaliknya itu pula gagal untuk mendapat sebarang nominasi. Hal ini mungkin kerana atas campur tangan politik pihak tertentu, filem yang mempunyai peluang besar ini selalunya telah digugurkan terlebih dahulu dalam pemilihan.

Sumber: variety

 

 

loading...