Yook Sung Jae BTOB dan Jooeun DIA sedang dilamun cinta ?

Hari ini bertebaran berita tentang pelakon dan penyanyi muda berbakat, Yook Sun Jae dari kumpulan BTOB dikatakan sedang dilamun asmara bersama Jooeun. Jooeun merupakan ahli kumpulan DIA yang pernah membuat kemunculan di dalam program realiti tv KBS, The Unit. Yook Sung Jae pernah dilaporkan menjalinkan hubungan mesra dengan Joy (Park Soo Young) dari kumpulan Red Velvet tapi dinafikan kedua-duanya.

Mengikut portal tvdaily tersebut, mereka kali pertama bertemu pada awal Januari 2018 atas sebab tuntutan kerja. Pada awalnya, mereka hanya berkawan tetapi kemudian bertukar kepada cinta.

Yook Sun Jae mula menyerlah menerusi drama tvN Goblin dengan perwatakan riang dimainkannya sebagai trio kepada dewa goblin (lakonan Gong Yoo) dan malaikat maut (lakonan Lee Dong Wook) . Selain terkenal sebagai pelakon, beliau juga aktif menyanyi samada solo ataupun melalui kumpulan kpop BTOB. Antara single – single nya popular termasuklah ‘Love Song’ , ‘Missing You dan ‘Movie’ bersama kumpulan BTOB. Manakala, ‘Loving You Again’ pula telah dicalonkan untuk runut terbaik bagi kategori Song of The Year 4th CARI Kdrama Awards .

Sumber: tvdaily, insight , IS Plus

 

loading...