Annyeong Yorobun!
Bulan Jun ini juga menyaksikan beberapa drama hebat yang boleh dan perlu korang tonton. Ada yang sedang ditayangkan dan ada juga yang bakal ditayangkan bulan ini. So, korang boleh rujuk suggestion drama di bawah untuk memilih drama pilihan hati korang. Tapi, diingatkan few dramas tidak ditayangkan di tv-tv negara kita. Jadi, korang boleh tonton secara streaming. Kalau diikutkan memang sukar nak buat pilihan which drama you want to follow . Jom saksikan drama yang boleh korang tonton.
Sedang Bersiaran
-
Suits (KBS)
Suits mengisahkan seorang peguam lagenda hebat; Choi Kyung Seo (Jang Dong Gun) yang berkhidmat di sebuah firma guaman yang terkemuka. Choi Kyung Seo telah mengambil seorang Go Yeon Woo (Park Hyun Sik) bekerja dengannya. Bagaimanapun Go Yeon Woo bukanlah seorang graduan kolej atau universiti, waima jauh sekali untuk memiliki sijil yang diiktiraf dalam bidang perundangan, tetapi disebabkan beliau seorang genius serta mempunyai daya ingatan yang tajam, beliau ditawarkan bekerja di firma guaman Choi Kyung Seo. Drama ini adalah remake daripada siri popular Amerika Syarikat.
Drama ini disiarkan setiap Rabu dan Khamis di KBS. Suits juga boleh ditonton di saluran 8tv setiap Isnin dan Selasa jam 10.30 malam. Drama ini juga turut disiarkan di saluran ntv7 jam 9.30 malam setiap Rabu dan Khamis.
Drama ini masih menjadi pilihan penonton dan mengekalkan peratus tontontan tertinggi setiap minggu. Jadi, korang yang belum tonton drama ini, boleh consider untuk tengok.
Baca juga : 6 sebab ini kenapa anda perlu tonton drama Suits
2. Greasy Melo / Wok of Love (SBS)
Greasy Melo atau Wok of Love memperihalkan kisah tentang tukang masak terkenal yang terpaksa berpindah ke restoren cina yang terpencil dan usang. Chef Seo Poong (Junho) merupakan chef hebat yang bekerja di sebuah restoran masakan cina terbaik. Bagaimanapun, kariernya semakin malap dan akhirnya bekerja di sebuah restoren masakan cina ditempat terpencil.
Doo Chil Seong (Jang Hyuk) pula adalah seorang penyangak yang baru dibebaskan daripada penjara, pemilik sebuah bangunan dan berubah menjadi tukang masak mengikut acuan tersendiri berpandukan pengalaman sebagai bekas penyangak sebelumnya. Dan Sea Woo (Jung Ryeo Won) pula seorang anak hartawan yang mana mempunyai pengalaman hidup yang sentiasa berubah setelah menikmati semangkuk jajangmyun.
Info tambahan:
- Keserasian tiga watak utama
Drama ini mendapat perhatian ramai adalah kerana tiga pelakon utamanya selain dari plot penceritaan. Junho, yang sebelum ini mendapat pujian di atas lakonannya menerusi “Chief Kim” dan “Just Between Lovers,” akan berubah menjadi chef Seo Poong. Jang Hyuk, baru-baru ini juga menerima komen positif dan menjadi perhatian ramai untuk penampilannya di “Money Flower,” akan mencuba bawa watak rom-com pertamanya sebagai ketua restoran Cina dan juga sebagai ‘along’ Doo Chil Sung. Jung Ryeo Won, juga turut mendapat pujian menerusi lakonannya dalam “Witch’s Court,” akan mengambil peranan anak orang kaya yang telah muflis, Dan Se Woo.
Berbanding dengan watak-watak mereka terdahulu yang lebih berat dan serius, kini mereka bertiga akan mengekplorasi watak yang lebih menyegarkan dalam drama yang menghiburkan dan mempersonakan ini.
- Sebuah drama makanan Cina yang lazat
Seo Sook Hyang, sekali lagi tampil dengan sebuah drama mengenai makanan selepas drama “Pasta”. Kali ini beliau memilih untuk menampilkan makanan Cina. Seperti yang digambarkan dalam poster drama ini, korang tidak boleh tonton drama ini dengan perut yang kosong kerana setiap hidangan yang dipertontonkan pasti akan membuat korang jadi lapar. Bukan sahaja pelbagai makanan Cina akan ditunjukkan, tetapi drama ini juga akan menunjukkan proses penyediaan makanan yang pastinya menjanjikan kepuasan mata dan telinga korang yang menonton.
Enjoy, OST nyanyian Baek A Yeon
Drama ini telah mula bersiaran sejak 8 Mei lalu di saluran ONE HD (Ch 393) pada setiap Selasa dan Rabu jam 8.10 malam.
3. Lawless Lawyer (tvN)
Lawless Lawyer adalah sebuah drama bergenrekan legal action thriller. Drama ini mengisahkan seorang peguambela bernama Bong Sang Pil (Lee Junki) yang akan buat apa saja untuk membalas dendam terhadap ketidakadilan berlaku pada ibunya. Bermula sebagai bekas penyangak, Bong Sang Pil kemudiannya mengambil keputusan menjadi peguam setelah melihat kerjaya berkenaan mampu menjatuhkan mereka berkuasa. Bong Sang Pil berjaya menang beberapa kes sivil menjadikan dia peguambela yang agak ditakuti.
Info tambahan:
- Korang boleh berikan tumpuan kepada keserasian antara Lee Jun Ki dan Son Ye Ji. Kedua watak ini sangat bertentengan pada mulanya. Semua tahu, Lee Junki punya karisma dalam setiap watak yang dibawakannya. Son Ye Ji yang memegang watak Ha Jae Yi juga akan memberikan persembahan yang matang serta bertenaga. Dalam drama ini juga Son Ye Ji memotong rambutnya buat kali pertama dalam tempoh 13 tahun bagi menghayati wataknya yang tidak masuk akal ini.
- Kombinasi kejahatan Lee Hye Young dan Choi Min Soo. Keserasian watak antagonis juga adalah penting selain daripada watak utama drama. Lee Hye Young dan Choi Min Soo akan membawakan watak hakim dan seorang gangster yang kini sedang menikmati kemewahan hidup. Biarpun keduanya mempunyai agenda berbeza, namun mereka akan bekerjasama untuk menewaskan kebaikan serta tentangan yang menghalang laluan mereka.
Drama ini ditayangkan disaluran tvN untuk mengisi slot drama hujung minggu (Sabtu dan Ahad) pada jam 9 malam. Lawless Lawyer juga boleh ditonton di 8tv pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 10.30 malam.
4. Come Here and Hug Me (MBC)
Drama ini berkisarkan tentang kedua-dua lelaki dan wanita (Jang Ki Yong dan Jin Ki Joo) yang terpaksa hidup dalam takdir yang terikat antara mereka kerana terbabit dalam tragedi pembunuhan pada masa lepas. Chae Do Jin lakonan Jang Ki Yong adalah anak kepada seorang pembunuh bersiri yang psiko dan telah membunuh ayah kepada Han Jae Yi lakonan Jin Ki Joo. Ketika dewasa Chae Di Jin menjadi seorang detektif manaka Han Jae Yi seorang pelakon.
Info tambahan:
- Hubungan antara anak pembunuh dengan anak mangsa pembunuhan perlu diberikan tumpuan. Chae Do Jin dan Han Jae Yi bertemu buat kali pertama di sekolah menengah dan membuahkan cinta pandang pertama. Bagaimanapun, bapa Chae Do Jin lakonan Yoon Hee Jae mengejutkan dunia apabila beliau adalah pembunuh bersiri yang psiko dan bertanggungjawab akan kematian ibu bapa Han Jae Yi. Mereka berdua terus hidup dalam kenangan cinta pertama mereka sehingga dewasa kerana peristiwa malang itu terus menjadi penghalang.
- Yoon Hee Jee sebagai pembunuh bersiri yang psiko. Watak ini menunjukkan si pembunuh begitu teliti dalam merancang serta melakukan pembunuhan. Ia akan menjadikan sesuatu yang tidak pernah ditonton dalam drama-drama lain. Atas kurangnya rasa bersalah, sebuah autobiografi diterbitkan dan ianya mengejutkan para penonton. Disebabkan watak utama saling menyintai tetapi terhalang dek peristiwa kejam yang lepas, drama ini akan menunjukkan bagaimana keduanya mengatasi memori silam dalam meneruskan kehidupan hidup mereka sebagai Chae Do Jin dan Han Jae Yi.
Come Here and Hug Me boleh ditonton di Oh!K (Ch 394) pada setiap Khamis dan Jumaat jam 7.50 malam. Jom tengok OST drama ini nyanyian Yang Yoseob (Highlight) – Cries Without Sound.
5. About Time (tvN)
“About Time” adalah sebuah drama romantik fantasi. Ia menceritakan tentang seorang lelaki (Lee Sang Yoon) yang mampu menghalang peristiwa penting akibat kuasa istimewa dimiliki oleh wanita dicintainya, iaitu seorang pelakon muzikal (Lee Sung Kyung) yang boleh melihat “masa kecelakaan” orang lain.
Info tambahan :
- Konsep drama fantasi baru iaitu jam yang akan countdown untuk kehidupan orang ramai. Choi Michaela mempunyai keupayaan untuk melihat berapa banyak masa yang tinggal dalam kehidupan orang ramai dan juga mengetahui berapa lama lagi masa dia ada untuk hidupnya. Melalui jam yang ada di pelbagai bahagian tubuh manusia, drama ini akan menyampaikan perspektif yang sangat berharga kepada kehidupan dan juga akan mempertontonkan pelbagai kejutan.
- Keserasian antara Lee Sang Yoon dan Lee Sung Kyung. Kedua-dua pelakon ini menunjukkan kisah cinta romantis mereka yang penuh cabaran dan lebih diperincikan dengan takdir yang ditentukan untuk mereka. Choi Michaela, yang hanya punya sisa waktu yang sedikit, akan cuba untuk menggoda lelaki sasarannya iaitu Lee Do Ha yang bersifat sejuk itu. Perlahan-lahan Choi MiChaela cuba mengubah perwatakan lelaki yang sejuk beku itu kepada seseorang yang lebih menyenangkan. Keserasian antara mereka akan mencipta percintaan yang menarik dan keadaan menjadi rumit dengan kewujudan tunang Lee Do Ha Bae Soo Bong (dimainkan oleh Im Se Mi). Perbezaan umur antara Lee Sang Yoon dan Lee Sung Kyung juga menjadi faktor untuk korang menonton drama ini hanya untuk mengetahui apakah yang akan mereka berikan untuk menjadi pasangan yang serasi.
Drama ini ditayangkan di tvN setiap Isnin dan Selasa jam 9.30 malam namun tidak lagi ditayang di bawah pakej Korea di ASTRO.
6. Handsome Guy and Jung Eum / The Undateables (SBS)
Handsome Guy and Jung Eum adalah sebuah drama romantik komedi. Ianya mengisahkan mengisahkan tentang Hoon Nam (Nam Goong Min), seorang lelaki yang dikategorikan sebagai pakar cinta tetapi menolak untuk memberikan komitmen dalam perhubungan. Manakala Jung Eum (Hwang Jung Eum), seorang bekas atlet penerjun yang mempunyai impian untuk bercinta dan berkahwin. Jung Eum akan menjadi dewi cinta di mana dia akan memastikan impiannya itu menjadi kenyataan.
Baca juga : 3 keseronokan yang korang boleh dapat dari drama The Undateables
Drama ini mengisi slot drama Khamis dan Jumaat korang jam 8.10 malam di Astro ONE HD (Ch 393).
7. Miss Hammurabi (JTBC)
Ber genre kan perundangan, drama ini mengisahkan kehidupan para hakim yang berhadapan dengan pelbagai cabaran serta pertikaian yang perlu mereka selesaikan. Miss Hammurabi bertumpu kepada seorang wanita yang berumur dipertengahan 20an (Go Ara) yang merupakan seorang hakim rookie yang penuh bersemangat dan seorang lelaki (L) yang merupakan hakim yang sangat tegas.
Drama ini bersiaran di JTBC pada setiap Isnin dan Selasa jam 11.00 malam.
8. Sketch (JTBC)
Drama aksi ini mengisahkan tentang kehidupan detektif. Tunang detektif Kang Dong-Soo (Rain) dibunuh secara misteri. Dia bekerja dengan seorang detektif wanita (Lee Sun-Bin) yang dapat melihat apa yang terjadi 3 hari akan datang. Dia melakar apa yang dilihatnya. Mereka merancang untuk menangkap pembunuh itu. Kim Do-Jin (Lee Dong-Gun) adalah bekas anggota pasukan khas dimana isterinya yang hamil terbunuh dan dia merangcang untuk membalas dendam.
Sketch akan bersiaran setiap Jumaat dan Sabtu jam 11 malam disaluran JTBC.
9. Secret Mother (SBS)
“Secret Mother “adalah sebuah drama bergenrekan mystery thiller yang mana ia menceritakan pelbagai peristiwa yang berlaku ketika seorang ibu gantian, Kim Eun Young (Kim So Yeon), memasuki rumah Kim Yoon Jin (Song Yoon Ah). Kim Eun Young menyembunyikan identiti sebenarnya dengan mengenalkan diri sebagai Lisa Kim untuk mendedahkan maklumat mengenai kakaknya, yang hilang tanpa jejak, manakala Kim Yoon Jin menyembunyikan rahsia mengenai kematian anaknya.
Kewujudan Lisa Kim dikawasan perumahan Kim Yoon Jin Ketibaan Lisa Kim telah mencalarkan kehidupan yang selama ini berjalan dengan aman dan damai. Ia juga terkesan kepada Kom Yoon Jin kerana rahsia yang telah lama disimpannya terbuka satu demi satu.
Drama ini dapat ditonton di ONE HD (Ch 393) pada setiap Sabtu jam 8.40 malam.
Drama yang akan bersiaran June ini
10. Are You Human, Too? (KBS)
“Are You Human, Too?” Adalah mengisahkan tentang robot AI Nam Shin III (Seo Kang Joon), yang dicipta menyerupai Nam Shin yang koma selepas terlibat dalam satu kemalangan yang misteri. Dia dilindungi oleh Kang So Bong(Gong Seung Yeon) yang penuh keterujaan , dan akan melakukan apa sahaja untuk Nam Shin.
Nam Shin berasal dari keluarga kaya yang menjalankan perniagaan yang besar. Selepas kemalangan yang tidak diduga, Nam Shin menjadi koma. Ibunya Oh Ro Ra yang merupakan pakar otak telah mencipta sebuah robot android yang persis anaknya. Oh Ro Ra menakan robot tersebut Nam Shin lll. Segalanya menjadi semakin merumitkan apabila Nam Shin lll jatuh cinta dengan pengawalnya So Bong.
Drama ini akan disiarkan di Astro KBS (Ch 392) pada setiap Selasa dan Rabu jam 9.00 malam. Episode pertama akan mula disiarkan pada 5 Jun ini.
11. What’s Wrong With Secretary Kim (tvN)
Drama ini diadaptasi dari web novel yang popular dan akan menjadi sebuah drama bergenrekan komedi romantis. Ia mengisahkan seorang Naib Presiden disebuah syarikat bernama Lee Young Joon (lakonan Park Seo Joon) yang sangat sombong serta narcissistic dengan setiausahanya yang setia dan mahir dalam kerjanya Kim Mi So ( lakonan Park Min Young).
Drama ini akan mula disiarkan di ASTRO tvN (Ch 395) pada 7 Jun ini pada jam 9.45 malam. What’s Wrong With Secretary Kim akan mengisi slot drama Khamis dan Jumaat di tvN.
12. Life On Mars (OCN)
Selepas drama remake Mistress, OCN sekali lagi menghasil remake drama siri popular UK – Life On Mars yang telah disiarkan BBC pada 2006-2007. Drama OCN – Life On Mars antaranya dibintangi oleh Jung Kyung Ho, Park Song Woong dan Go Ah Sung.
Drama ini mengisahkan mengenai Han Tae Joo (lakonan Jung Kyung Ho) yang merupakan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah. Semasa menyiasat kes satu pembunuhan sebenar, Han Tae Joo terlibat dengan satu insiden. Apabila tersedar, dia mendapati dirinya kembali pada tahun 1987. Untuk kembali ke dunia masa kini, Han Tae Joo harus menyelesaikan kes pembunuhan itu.
Drama ini akan menggantikan drama Mistress. Life On Mars akan disiarkan di OCN, setiap Sabtu dan Ahad pada jam 10.10 Malam bermula 9 Jun ini.
13. Your House Helper (KBS)
Drama ini adalah adaptasi sebuah web komik Jepun “Dangshinui House Helper” oleh “Seung Jung-Yeon”. Ia mengisahkan Kim Ji-Woon (Ha Seok-Jin) yang merupakan anak kepada seorang lawmaker dan ibunya seorang doktor. Dia kemudiannya bekerja di sebuah syarikat besar, tetapi mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan berhenti berbicara dengan orang tuanya.
Kim Ji-Woon kemudian bertemu dengan seorang wanita dan mengambil keputusan untuk bekerja sebagai pembantu rumah di rumahnya. Semasa menjalankan kerjayanya, Kim Ji Woon juga sering mendengar masalah pelanggannya dan beliau juga seringkali memberikan nasihat untuk membantu menyelesaikan masalah mereka. Drama ini dibintangi oleh Ha Seok Jin, Go Won Hee dan Bona. Drama ini akan bersiaran setelah tamatnya drama Suits sekitar pertengahan bulan ini.
So, ini pilihan drama yang ada untuk korang. Selamat menonton korang! Pastikan korang tuned in ASTRO ONE HD (Ch 393), OH!K (Ch 394) KBS (CH 392) dan tvN (Ch 395) yang sentiasa membawakan drama-drama serta hiburan terbaik Korea. Pendek kata, langganilah Korean Pack dengan ASTRO untuk hiburan serta drama Korea tanpa henti.