Bintang K-POP yang bakal ‘comeback’ & ‘debut’ June ini

Musim panas ini membawakan idol K-POP yang akan menyerikan lagi listing muzik anda. Jom check-it-out idol K-POP yang akan memberikan muzik tanpa henti sepanjang Jun ini.

1 Jun

Projek khas yang dinamakan WJMK ini adalah koloborasi antara Kim Doyeon dan Choi Yoojung Weki Meki Seola dan Luda WJSN. Hasil dari projek khas ini, sebuah lagu berjudul “Strong” dengan muzik yang rancak serta catchy telah dikeluarkan pada 1 Jun (semalam).

4 Jun

Wanna One akan melancarkan album istimewa mereka berjudul “1 ÷ x = 1 (Undivided)” pada 4 Jun ini. Sebuah lagu yang diberi tajuk “Light” akan dinyanyikan secara bersama. Kumpulan ini turut membentuk sub-unit dan mereka telah berkoloborasi dengan beberapa artis terkenal K-POP termasuk termasuk Dynamic Duo, Zico Block B, Nell, serta Heize. Nantikan koloborasi menarik yang akan mereka tampilkan dalam album baru ini.

5 Jun

Yubin

Bekas ahli kumpulan Wonder Girls, Yubin akan debut sebagai artis solo pada 5 Jun dengan album mini pertamanya debut sebagai artis solo pada 5 Jun dengan album mini pertamanya – “City Woman”.

Fromis_9

Kumpulan gadis Rookie; fromis_9 akan membuat kemunculan semula dengan mini album terbaru mereka “To. Day” dengan track lagu berjudul “DKDK”. Kumpulan ini mula debut pada Januari lepas dengan “To. Heart”. Kali ini mereka akan menjalankan promosi dengan hanya lapan orang ahli kerana Jang Gyu Ri adalah salah seorang peserta  program realiti “Produce 48”.

6 Jun

Katie Kim

Artis ini merupakan pemenang program realiti “K-pop Star 4” . Katie Kim akan debut dengan single pertamanya “The Circle of Quintinity” pada 6 Jun ini. Terbaru, media melaporkan Katie Kim meninggalkan agensinya, YG Entertainment dan kini bernaung dengan agensi yang baru ditubuhkan iaitu AXIS.

7 Jun

A.C.E

Kumpulan A.C.E akan kembali pada 7 Jun dengan “Adventures in Wonderland.” Kemunculan semula mereka kali ini tanpa kehadiran Chan, kerana Chan kini sedang giat dengan aktiviti promosi dengan kumpulan UNB dari program realiti The Unit.

ONF

Kumpulan Rookie dari WM Entertainment; ONF akan buat kemunculan semula dengan mini album terbaru “You Complete Me.” Mereka telah menjalani penggambaran muzik video di LA.

8 Jun

Penyanyi dari agensi Entertainment Starship; Yoo Seung Woo akan melancarkan single terbarunya “Slowly” pada 8 Jun ini.

11 Jun

SHINee (11 Jun & 25 Jun)

Kumpulan yang baru sahaja menyambut ulangtahun ke-10; SHINee telah pun membuat comeback mini album terbaru mereka “The Story of Light” yang akan dilancarkan dalam tiga siri. “The Story of Light – EP 1” telah dilancarkan pada penghujung Mei lepas. “The Story of Light- EP 2” pula akan dilancarkan pada 11 Jun ini dengan track lagu “I Want You.”

“The Story of Light – EP 3” pula akan dikeluarkan pada 25 Jun depan. Ia akan memuatkan lagu bertajuk “Our Page.” Dengan tiga siri “The Story of Light” ini akhirnya akan menjadikan ianya sebuah album penuh yang mengandungi 15 buah lagu keseluruhannya.

Girlkind

Kumpulan yang dianggotai oleh Ellyn, Xeheun, Sun J, JK, dan Medic Jin akan buat kemunculan semula selepas debut pertama mereka Januari lepas.

12 Jun

Woo Jin Young, yang berada dikedudukan pertama untuk program realiti  “MIXNINE,” telah bekerjasama dengan rakan seagensinya Happyface Entertainment, Kim Hyun Soo untuk mengeluarkan album mini khas “Present” yang dijadualkan pada 12 Jun.

13 Jun

Kim Yong Guk (Longguo) akan melancarkan digital single album “Clover” pada 13 Jun yang akan menampilkan Yoon Mi Rae sebagai rakan duetnya. Kim Yong Guk adalah bekas peserta “Produce 101 Season 2” dan juga salah seorang daripada projek kumpulan JBJ

15 Jun

Penantian BLACKPINK akan terbayar apabila kumpulan ini bakal comeback dengan album mini “SQUARE” pada 15 Jun.

18 Jun

BTOB telahpun berkongsi secara umum mengenai album mini ke-11 mereka iaitu “This Is Us”. Album mereka akan dilancarkan pada 18 Jun, tetapi pre-release track mereka “The Feeling, akan dikeluarkan pada 11 Jun.

19 Jun

Kim Dong Han akan debut sebagai artis solo pada 19 Jun depan. Beliau juga merupakan bekas peserta “Produce 101 Season 2” dan pernah debut bersama kumpulan JBJ pada Oktober 2017. Namun pada April lepas, kontrak JBJ bersama FAVE Entertainment telahpun tamat.

26 Jun

MOMOLAND akan kembali pada 26 Jun dengan kemunculan pertama mereka sejak lagu pelarian mereka “Bboom Bboom.”

Dalam proses

NU’EST W

Pada 1 Jun, media dilaporkan bahawa kumpulan ini akan  kembali dengan album baru pada bulan Jun dan kini berada ditahap terakhir proses pembikinannya.

Sumber dari Pledis Entertainment mengesahkan, “NU’EST W kini sedang giat menyiapkan album terbaru mereka untuk aktiviti comeback bulan ini. Mereka telah bekerja keras untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dari sebelum ini. “

Jadi, siapakan idol yang paling korang tunggu?

Sumber : Soompi