Lotte Duty Free kembali dengan web drama musim kedua – Secret Queen Makers

Gambar Ihsan – soompi.com

Berita baik. Kalau tahun lepas anda dipersembahkan dengan Seven First kisses, tahun ini sekali lagi Lotte Duty Free membawakan kepada anda hasil terbaru web drama mereka berjudul Secret Queen Makers.

Baru-baru ini barisan pelakon yang  muncul dalam web drama ini telah diumumkan.

“Secret Queen Makers” menceritakan mengenai seorang wanita yang menjalani make over untuk penampilannya dengan bantuan enam jejaka misteri. Para pelakon yang bakal muncul dalam web drama ini  adalah Lee Jun Ki, Chansung 2PM, Leeteuk Super Junior, Hwang Chi Yeol, serta Chanyeol dan Sehun EXO.

Musim pertama drama web ini – “Seven First Kisses” menceritakan seorang wanita (Lee Cho-Hee) yang bertemu dengan bidadari (lakonan Choi Ji Woo)di mana bidadari tersebut yang membantu wanita itu bertemu dengan tujuh lelaki yang berbeza serta kacak untuk mendapatkan ciuman pertamanya.

Preview video ini dimulakan dengan kata-kata “Bolehkah saya menjadi cantik?” Kesemua enam selebriti lelaki muncul buat seketika di dalam klip itu kerana mereka cuba membuat make over seorang gadis biasa yang berkacamata, muka berbintik-bintik serta berambut kerinting agar penampilannya lebih cantik dan menarik. dengan kacamata, bintik-bintik dan rambut keriting makeover untuk membuatnya cantik. Bukan sahaja mereka membantu dia berubah menjadi cantik, tetapi mereka juga turut mempamerkan beberapa gerakan yang pasti membuatkan anda tertarik serta jatuh hati.

Nantikan preview video official yang akan dikeluarkan pada 25hb Mei ini.

Tayangan perdana “Secret Queen Makers” boleh ditonton secara online pada 4 Jun depan.