Song Seung Heon, Krystal & Lee Si Eon mulakan pengambaran drama terbaru OCN

Kali ini drama terbaru OCN menggandingkan Song Seung Heon, Krystal dan Lee Si Eon.

Pada 16 Mei, Song Seung Heon berkongsi fotonya bersama dengan Krystal dan Lee Si Eon. Mereka bertiga akan muncul dalam drama terbaru OCN.

Drama Round (terdahulu dinamakan Hustle) membariskan Krystal dan Song Seung Heon sebagai pelakon utama. Round merupakan sebuah drama aksi (action-packed crime story) yang mengisahkan perjalanan pasukan elit ketika mereka menyelesaikan kes-kes jenayah.

Krystal akan membawakan watak sebagai Cha Ah Ryung yang merupakan seorang pemandu yang berbakat besar. Beliau membesar sendirian selepas ditinggalkan oleh ibu bapanya. Song Seung Heon pula akan memainkan peranan seorang seniman veteran bernama Kang Ha Ri.

Round bakal bersiaran di OCN sekitar setengah tahun kedua 2018.

Sumber : Naver

loading...