Pelakon Song Yu Jung ditemui mati diusia 26 tahun

Pada 25 Januari, sumber daripada agensinya Sublime Artist Agency menyatakan, “Song Yu Jung telag meninggal pada 23 Januari lepas.” Bagaimanapun pihak agensi tidak mengesahkan laporan tentang punca kematiannya yang rata-rata melaporkan pelakon tersebut membunuh diri.

Song Yu Jung debut sebagai pelakon menerusi drama MBC “Golden Rainbow” pada 2013. Mendiang turut berlakon dalam drama KBS “School 2017”, MBC “Make Your Wish” dan drama web “Dear My Name”. Song Yu Jung turut membintangi dalam beberapa klip video antaranya untuk iKON “Goodbye Road,” Standing Egg “Friend to Lover,” dan NIve “How Do I.” Pelakon ini telah menandatangani kontrak bersama Sublime Artist Agency pada 2019.

Sehingga kini, punca kematian sebenar masih belum didedahkan. Apapun, salam takziah buat keluarga dan rakan Song Yu Jung.

Pesanan : Jika anda memerlukan seseorang yang ingin berbual, jangan malu dan segan untuk memulakan tindakan serta mendapatkan bantuan. Semak SINI untuk mengetahui Hotlines yang boleh anda capai dan sekiranya perkhidmatan tersebut tidak terdapat di negara anda, sila hubungi talian kecemasan.

Sumber : edaily | mk.co |

loading...