(Terkini) Pelakon Lee Seo Won dituduh lakukan gangguan seksual serta digugurkan dari drama About Time & Music Bank

Lagi selebriti Korea yang terlibat dengan gejala gangguan seksual. Nampaknya program kesedaran mangsa gangguan seksual me too semakin mendapat perhatian.

Terbaru, pelakon Lee Seo Won telah dituduh melakukan gangguan seksual dan beliau juga turut mengugut mangsa dengan menggunakan senjata. Agensi Lee Seo Won mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini.

Pada 16 Mei, portal berita JoongAng Ilbo melaporkan Polis Seoul Gwangjin mengesahkan bahwa Lee Seo Won telah didakwa melakukan gangguan seksual pada 8 April lalu dan kini masih dalam siasatan sebelum kesnya dikemukakan kepada pihak pendakwaan. Polis juga memberitahu mangsa gangguan seksual tersebut juga dikalangan selebriti dan kes ini telah dikemukakan ke Pejabat Pendakwa Daerah Seoul Timur awal bulan ini.

Menurut polis, semasa aktor tersebut sedang minum dengan selebriti wanita (dirujuk sebagai “A”), tiba-tiba Lee Seo Won cuba mencium serta melakukan physical contact dan ditolak oleh A. Apabila Lee Seo Won tetap cuba untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya, A meminta pertolongan teman lelakinya. Lee Seo Won dikatakan berang dengan tindakan A dan mengancamnya dengan senjata.

Pihak polis turut menyatakan kepada portal berita itu, “Lee Seo Won disiasat dalam keadaan yang mabuk. Beliau turut menjerit kepada pegawai polis.”

Selepas kejadian ini mendapat liputan luas, agensi Lee Seo Won telah mengeluarkan kenyataan berikut:

“Hello. Kami dari Blossom Entertainment.

“Kami ingin memohon maaf di atas insiden memalukan yang melibatkan pelakon Lee Seo Won yang menjadi perhatian dan kebimbangan ramai. Pertamanya, kami tidak tahu menu mengenai situasi ini sehinggalah media inginkan pengesahan dari pihak kami. Setelah mendapat pengesahan atas apa yang berlaku dari Lee Seo Won, kami tahu ada sesuatu yang berlaku antara beliau dan kenalannya selepas beliau di bawah pengaruh alkohol. Kami tidak dapat mengatakan apa lagi tentang kejadian ini. Kami benar-benar mohon maaf (sambil tunduk hormat tanda mohon maaf)

“Buat masa ini, pelakon Lee Seo Won sedar akan kesilapan yang telah dibuat di mana ianya telah menjadi perhatian ramai dek tindakannya yang memang tidak bermoral itu.

“Kami sekali lagi dengan tulus ikhlas memohon maaf kepada semua dan kami akan memberikan kerjasama dalam penyiasatan kelak. Maafkan kami.”

Lee Seo Won sebelum ini pernah membintangi drama seperti Uncontrollably Fond, Hospital Ship, The Liar and His Lover dan terbaru About Time yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Beliau juga merupakan MC untuk rancangan carta muzik KBS – Music Bank.

Pada 16 Mei juga, produksi drama ‘About Time’ turut mengumumkan bahawa mereka akan menggantikan watak yang di bawakan oleh Lee Seo Won yang mana beliau kini sedang disiasat kerana insiden gangguan seksual dan ancaman terhadap seorang selebriti wanita.

Penerbit drama menyatakan, “Lee Seo Won membawakan watak pengarah muzikal dalam drama itu. Walaupun hanya pelakon pembantu, kami tidak dapat membuang keseluruhan watak beliau kerana ia sebahagian daripada plot cerita. Jadi, kami ambil keputusan untuk menggantikannya dan merakamkan semula adengan-adengan yang melibatkan beliau. “

Mereka menambah, “‘About Time’ memulakan penggambaran pada bulan Februari lepas. Kami telah memperoleh sejumlah rakaman yang cukup untuk siaran supaya adengan-adengan yang bakal dirakamkan semula tidak mengganggu jadual tayangan.”

‘About Time’ yang dibintangi oleh Lee Sung Kyung dan Lee Sang Yoon dijadual ditayangkan pada akhir bulan Mei.

Produksi KBS – Music Bank turut  memberi respons kepada kontroversi seksual Lee Seo Won.

Pada 16 Mei, wakil dari produksi Music Bank muzik memberitahu My Daily, “Kami mengetahui akan insiden ini melalui sebuah artikel. Walaupun agensi Lee Seo Won telah mengeluarkan kenyaraan rasmi berhubung kontroversi ini, pihak kami masih lagi memeriksa kesahihan berita ini. Pihak kami masih lagi terkejut dengan insiden ini dan kami mengambil sedikit masa untuk berbincang mengenai perkara ini. Kami akan membuat pengumuman apabila keputusan akhir dicapai. “

Terkini

Produksi KBS – Music Bank mengambil keputusan untuk menggugurkan Lee Seo Won sebagai pengacara program tersebut berikutan kontroversi gangguan seksual dihadapi pelakon berkenaan. Produksi juga kini sedang mencari pengganti pengacara Music Bank untuk digandingkan bersama MC Solbin

Sumber : mydaily | news | Naversports.mk

Photo credit as stated

loading...